Obaja 1:4-9, 12-13
Obaja 1:4-9 AVB
Sekalipun kamu terbang tinggi seperti burung rajawali, malah sekalipun sarangmu kamu tempatkan di antara bintang. Dari sana pun Aku akan menurunkan kamu, demikianlah firman TUHAN. Jika pada malam pencuri atau penyamun datang kepadamu, betapa kamu akan dibinasakan mereka. Sebabnya bukankah mereka akan mengambil sebanyak yang diperlukan mereka? Jika pemetik buah anggur datang kepadamu, bukankah mereka masih akan meninggalkan sisa-sisa pemetikan? Betapa kaum Esau akan digeledah, dan betapa segala harta benda mereka yang tersembunyi dicari sehingga terdedah! Semua rakan sekutumu akan mengusir kamu ke perbatasan. Dan kamu akan diperdayakan oleh mereka yang berdamai denganmu. Malah kalangan yang makan sehidangan dengan kamu turut berusaha memerangkap kamu. Tidak ada pengertian padanya. Demikianlah firman TUHAN: Bukankah pada hari itu Aku akan melenyapkan kalangan yang bijaksana daripada Edom, dan pengertian daripada pergunungan Esau? Juga para pahlawanmu, wahai Teman, akan kecewa dan terkejut, hinggakan lenyap semua orang di pergunungan Esau kerana telah terbunuh.
Obaja 1:12-13 AVB
Maka usah kamu memandang rendah terhadap saudaramu ketika dia mengalami nasib malang, dan janganlah kamu bergembira atas kebinasaan bani Yehuda; dan janganlah kamu berbangga dan bercakap besar pada hari kesusahan mereka. Janganlah masuk ke pintu gerbang umat-Ku pada hari mereka menerima bencana, bahkan janganlah pandang ringan malapetaka yang menimpanya pada hari sialnya. Dan janganlah kamu rampas kekayaannya ketika dia menghadapi bencana.





