Nehemia 1:7-9
Nehemia 1:7-9 AVB
Teramat fasiq kelakuan kami terhadap Engkau, dan kami tidak berpegang teguh pada segala perintah, segala ketetapan, dan segala peraturan yang telah Kausampaikan melalui hamba-Mu iaitu Musa. Ingatlah firman yang telah Kauperintahkan kepada Musa, hamba-Mu, ‘Jika kamu berbuat mungkar, maka Aku akan menyelerakkan kamu antara bangsa lain. Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan berpegang teguh pada segala perintah-Ku serta melakukannya, maka sekalipun orangmu yang terbuang ada di hujung langit, Aku akan mengumpulkan mereka dari sana dan membawa mereka ke tempat yang telah Kupilih untuk membuat nama-Ku bersemayam di sana.’





