Nahum 1:1-8, 15
Nahum 1:1-8 AVB
Pernyataan ilahi tentang Niniwe. Kitab penglihatan Nahum, orang Elkosh. TUHAN itu Allah yang cemburu. TUHAN itu pembalas dan penuh dengan kemurkaan. TUHAN membalas perbuatan para penentang-Nya dan menyimpan kemurkaan terhadap para musuh-Nya. TUHAN itu panjang sabar dan hebat kuasa-Nya. TUHAN tidak sekali-kali membebaskan orang yang bersalah daripada menerima hukuman. Jalan-Nya dalam angin puting beliung dan badai, dan awan ialah debu kaki-Nya. Dia mencela laut dan mengeringkannya, segala sungai dijadikan-Nya kering. Basan dan Karmel merana, bunga-bunga Lebanon pun layu. Gunung-gunung menggeletar di hadapan-Nya dan remuklah bukit-bukit. Bumi terlambung-lambung di hadapan-Nya, dunia dan seluruh penduduknya. Siapakah yang dapat bertahan di hadapan kemurkaan-Nya? Siapakah yang dapat menanggung bahang amarah-Nya? Murka-Nya tercurah seperti api, batu-batuan dirobohkan oleh-Nya. TUHAN itu baik, Dialah benteng pada masa kesesakan. Dia mengenal mereka yang berlindung pada-Nya. Tetapi dengan banjir yang melanda Dia akan sepenuhnya memusnahkan Niniwe. Dia akan mengejar para musuh-Nya ke dalam kegelapan.
Nahum 1:15 AVB
Lihatlah, di atas gunung-gunung tampak kaki orang yang membawa khabar baik, yang mengkhabarkan kedamaian. Rayakanlah hari-hari perayaan kamu, wahai Yehuda, dan bayarlah nazarmu, kerana orang dursila itu tidak akan melalui kamu lagi, mereka telah dilenyapkan sama sekali.