YouVersion Logo
Search Icon

Markus 2:1-5

Markus 2:1-5 AVB

Beberapa hari kemudian, Yesus pulang ke Kapernaum dan tersebarlah khabar itu. Ramailah orang datang berhimpun di rumah tempat Dia tinggal itu, sehingga penuh sesak sampai ke pintu. Yesus pun menyampaikan firman kepada mereka. Datanglah empat orang mengusung seorang yang lumpuh. Mereka tidak dapat membawanya kepada Yesus kerana orang ramai itu. Oleh itu, mereka membuka bumbung rumah betul-betul di atas tempat Yesus berada lalu menurunkan orang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Ketika Yesus melihat iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Anak-Ku, dosamu telah diampunkan.”