Lukas 8:1-3
Lukas 8:1-3 AVB
Tidak lama kemudian, Yesus pergi dari bandar ke bandar dan dari kampung ke kampung untuk menyampaikan perkhabaran baik tentang kerajaan Allah. Dua belas murid itu pergi bersama-Nya. Begitu juga beberapa orang perempuan yang telah disembuhkan daripada kerasukan roh iblis dan daripada berbagai-bagai penyakit, iaitu Maria (yang disebut orang Magdalena) yang daripadanya telah diusir tujuh roh iblis; Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Raja Herodes; Susana dan ramai perempuan lain yang menggunakan harta benda mereka untuk membantu Yesus serta murid-murid-Nya.





