YouVersion Logo
Search Icon

Lukas 6:31-38

Lukas 6:31-38 AVB

Apa yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka. Jika kamu mengasihi orang yang mengasihimu, apakah kelebihanmu? Malah, orang berdosa pun mengasihi orang yang mengasihi mereka. Dan jika kamu membalas baik kepada orang yang berbuat baik kepadamu, apakah kelebihanmu? Orang berdosa pun berbuat demikian. Jika kamu meminjami orang yang kamu harap akan memulangkannya, apakah kelebihanmu? Orang berdosa pun meminjami orang berdosa untuk mendapatkan kembali sama banyaknya. Tetapi kamu hendaklah mengasihi musuhmu; kamu hendaklah berbuat baik kepadanya dan kamu hendaklah meminjami orang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlah ganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi kerana Dia baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang zalim. Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan.” “Janganlah kamu hakimi orang supaya kamu tidak akan dihakimi. Janganlah kamu hukum orang supaya kamu tidak dihukum. Ampunilah orang dan kamu akan diampuni. Berilah kepada orang dan kamu akan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dan digoncang sehingga melimpah-ruah akan dicurahkan ke atas pangkuanmu. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu.”

Free Reading Plans and Devotionals related to Lukas 6:31-38