YouVersion Logo
Search Icon

Lukas 2:1-7

Lukas 2:1-7 AVB

Pada masa itu Kaisar Agustus menitahkan semua penduduk di seluruh dunia dibanci. Ketika pembancian pertama dilaksanakan, Kurenius menjadi gabenor di Siria. Dalam pembancian tersebut, setiap orang perlu kembali ke tempat lahir masing-masing untuk mendaftarkan diri. Oleh itu, Yusuf terpaksa berangkat dari bandar Nazaret di Galilea ke kota Daud yang bernama Betlehem di Yudea kerana dia daripada keturunan Daud. Dia pergi untuk mendaftarkan diri bersama Maria, tunangnya yang sedang hamil. Sewaktu mereka di sana, tibalah masanya untuk dia bersalin. Dia melahirkan seorang anak lelaki, iaitu anak sulungnya. Dia membedung anak itu lalu membaringkan-Nya di dalam sebuah palung kerana tidak ada tempat bagi mereka di rumah tumpangan.