YouVersion Logo
Search Icon

Lukas 14:7-11

Lukas 14:7-11 AVB

Ketika Yesus melihat bagaimana tetamu memilih tempat duduk yang terbaik dalam jamuan itu, Dia mengatakan suatu ibarat kepada mereka: “Apabila kamu dijemput orang ke majlis perkahwinan, janganlah duduk di tempat yang terbaik. Mungkin seorang yang lebih penting daripada kamu telah dijemput, dan tuan rumah akan datang dan berkata kepadamu, ‘Berikanlah tempatmu kepada orang ini.’ Lalu dengan malu sahaja kamu berpindah ke tempat yang paling belakang. Oleh itu, apabila kamu dijemput orang, pergilah duduk di tempat yang paling belakang supaya tuan rumah datang dan berkata kepadamu, ‘Kawan, silakanlah ke tempat yang lebih baik.’ Dengan itu, kamu mendapat penghormatan di hadapan semua orang jemputan itu. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan dan yang merendahkan diri akan ditinggikan.”

Free Reading Plans and Devotionals related to Lukas 14:7-11