YouVersion Logo
Search Icon

Lukas 11:27-32

Lukas 11:27-32 AVB

Setelah Yesus berkata demikian, seorang perempuan antara orang ramai itu berkata, “Diberkatilah perempuan yang melahirkan dan menyusui Engkau.” Tetapi Yesus berkata, “Bahkan lebih diberkati lagi orang yang mendengar firman Allah dan mematuhinya.” Semasa orang ramai mengerumuni Yesus, Dia berkata, “Betapa durjananya orang zaman ini! Mereka meminta tanda mukjizat daripada Allah tetapi satu tanda pun tidak akan ditunjukkan kecuali tanda Yunus kerana seperti Yunus telah menjadi tanda kepada orang Niniwe, demikian juga Anak Manusia menjadi tanda kepada orang zaman ini. Pada hari penghakiman, Ratu Syeba dari Selatan akan bangkit bersama orang dari zaman ini dan menuduh mereka pula, kerana dia telah datang dari hujung bumi untuk mendengar hikmah Raja Salomo; dan sekarang di sini ada yang lebih besar daripada Raja Salomo. Pada hari penghakiman, orang Niniwe akan bangkit bersama orang zaman ini dan menuduhnya pula kerana orang Niniwe itu bertaubat apabila mendengar perkhabaran Yunus; dan sekarang di sini ada yang lebih besar daripada Yunus.”