YouVersion Logo
Search Icon

Ayub 41:1-5, 10-14

Ayub 41:1-5 AVB

“Dapatkah engkau menarik Lewiatan dengan mata kail, atau menahan lidahnya dengan tali? Dapatkah engkau memasang tali di hidungnya, atau mencucuk rahangnya dengan cangkuk? Adakah ia akan mengajukan banyak permohonan kepadamu, atau bercakap dengan kata-kata yang lembut kepadamu? Adakah ia akan mengikat perjanjian denganmu, supaya engkau mengambilnya sebagai hambamu untuk selama-lamanya? Adakah engkau bermain-main dengannya seperti dengan burung, atau mengikatnya untuk anak-anak perempuanmu?

Ayub 41:10-14 AVB

Tiada orang yang cukup bengis yang berani membangunkan dia. Kalau begitu, siapakah yang dapat bertahan di hadapan-Ku? Siapakah lebih dahulu memberi-Ku sehingga Aku harus membalasnya? Segala sesuatu di seluruh kolong langit ialah milik-Ku. Aku tidak mahu berdiam diri mengenai anggota-anggota tubuhnya, mengenai tenaganya dan bentuknya yang elok. Siapakah yang dapat melucuti pakaian luarnya? Siapakah yang dapat masuk ke dalam kekangnya? Siapakah yang dapat membuka pintu moncongnya? Di sekeliling giginya ada kengerian.

Related Videos