Yesaya 62
62
Penyelamatan Sion
1Demi Sion Aku tidak akan berdiam diri
dan demi Yerusalem Aku tidak akan tenang-tenang sahaja,
sehingga perbenarannya#62:1 Perbenarannya: Antara maknanya yang digunakan dalam terjemahan versi lain ialah penyelamatannya atau kemenangannya. terbit seperti cahaya
dan penyelamatannya seperti obor yang menyala.
2Bangsa-bangsa akan melihat perbenaranmu,
dan semua raja akan melihat kemuliaanmu.
Engkau akan disebut dengan nama baru
yang ditentukan TUHAN sendiri.
3Engkau akan menjadi mahkota kemuliaan di tangan TUHAN,
serban kerajaan di tangan Allahmu.
4Engkau tidak akan disebut lagi “Yang ditinggalkan,”
dan negerimu tidak akan disebut lagi “Yang sunyi sepi,”
tetapi engkau akan disebut “Yang Kuperkenan,”
dan negerimu akan disebut “Yang Bersuami,”
kerana TUHAN berkenan kepadamu
dan negerimu akan bersuami.
5Seperti seorang pemuda mengahwini seorang perawan,
demikianlah rakyatmu akan menjadi suamimu.
Seperti pengantin lelaki bergirang melihat pengantin perempuan,
demikianlah Allahmu akan bergirang melihat engkau.
6Di atas tembok-tembokmu, wahai Yerusalem,
Aku telah menempatkan para pengawal.
Sepanjang siang dan sepanjang malam mereka tidak akan pernah berdiam diri.
Wahai kamu yang berseru kepada TUHAN,
jangan kamu beristirahat
7dan jangan biarkan Dia beristirahat,
sampai Dia menegakkan Yerusalem,
sampai Dia menjadikannya termasyhur di bumi.
8TUHAN telah bersumpah demi tangan kanan-Nya,
dan demi kekuatan-Nya,
“Sesungguhnya, Aku tidak akan memberikan gandummu lagi
sebagai makanan bagi musuh-musuhmu
dan orang asing tidak akan meminum air anggurmu
yang kauhasilkan dengan berjerih lelah.
9Tetapi orang yang mengumpulkannya akan memakannya sambil memuji-muji TUHAN
dan orang yang menghimpunkannya akan meminumnya
di laman dalaman tempat suci-Ku.”
10Lewatilah, lewatilah pintu-pintu gerbang!
Persiapkanlah jalan bagi bangsa itu.
Bukalah, bukalah jalan raya!
Buanglah batu-batu
dan tinggikanlah panji-panji bagi bangsa-bangsa!
11 # Yes 40:10; Why 22:12. Sesungguhnya, TUHAN telah mengkhabarkan sampai ke hujung bumi,
“Katakanlah kepada puteri Sion,
‘Lihat, Penyelamatmu datang!
Lihat, pahala-Nya dibawa-Nya bersama-sama
dan ganjaran-Nya ada di hadapan-Nya.’ ”
12Mereka akan disebut “Bangsa yang suci”,
“Orang yang ditebus TUHAN.”
Engkau akan disebut “Yang dicari”,
“Kota yang tidak ditinggalkan.”
Currently Selected:
Yesaya 62: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: