YouVersion Logo
Search Icon

Yesaya 55:8-12

Yesaya 55:8-12 AVB

“Sesungguhnya, rancangan-Ku bukanlah rancanganmu dan jalanmu bukanlah jalan-Ku,” demikianlah firman TUHAN. “Setinggi langit di atas bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku daripada jalanmu dan rancangan-Ku daripada rancanganmu. Seperti hujan dan salji turun dari langit dan tidak kembali ke sana melainkan membasahi bumi, membuatnya berbuah dan bertunas, memberikan benih kepada orang yang menabur dan makanan kepada orang yang mahu makan, demikianlah firman yang Kusampaikan: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia melainkan akan melaksanakan apa yang Kukehendaki dan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya. Sesungguhnya, kamu akan keluar dengan sukacita dan akan dibimbing dengan damai. Gunung-gunung dan bukit-bukit akan bersorak-sorai gembira di hadapanmu, dan semua pokok di padang akan bertepuk tangan.