YouVersion Logo
Search Icon

Yesaya 55:6-13

Yesaya 55:6-13 AVB

Carilah hadirat TUHAN selagi Dia dapat ditemui, berserulah kepada-Nya selagi Dia dekat. Hendaklah orang fasiq meninggalkan jalannya dan orang jahat meninggalkan segala rancangannya. Hendaklah dia kembali kepada TUHAN, maka Dia akan mengasihaninya, dan kepada Allah kita, kerana Dia akan mengampuni dengan limpahnya. “Sesungguhnya, rancangan-Ku bukanlah rancanganmu dan jalanmu bukanlah jalan-Ku,” demikianlah firman TUHAN. “Setinggi langit di atas bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku daripada jalanmu dan rancangan-Ku daripada rancanganmu. Seperti hujan dan salji turun dari langit dan tidak kembali ke sana melainkan membasahi bumi, membuatnya berbuah dan bertunas, memberikan benih kepada orang yang menabur dan makanan kepada orang yang mahu makan, demikianlah firman yang Kusampaikan: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia melainkan akan melaksanakan apa yang Kukehendaki dan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya. Sesungguhnya, kamu akan keluar dengan sukacita dan akan dibimbing dengan damai. Gunung-gunung dan bukit-bukit akan bersorak-sorai gembira di hadapanmu, dan semua pokok di padang akan bertepuk tangan. Sebagai ganti semak duri akan tumbuh pokok sanubar, sebagai ganti jelatang akan tumbuh pokok murad. Hal ini akan terjadi sebagai kemasyhuran bagi TUHAN, sebagai tanda abadi yang tidak akan lenyap.”

Verse Images for Yesaya 55:6-13

Yesaya 55:6-13 - Carilah hadirat TUHAN selagi Dia dapat ditemui,
berserulah kepada-Nya selagi Dia dekat.
Hendaklah orang fasiq meninggalkan jalannya
dan orang jahat meninggalkan segala rancangannya.
Hendaklah dia kembali kepada TUHAN,
maka Dia akan mengasihaninya,
dan kepada Allah kita,
kerana Dia akan mengampuni dengan limpahnya.
“Sesungguhnya, rancangan-Ku bukanlah rancanganmu
dan jalanmu bukanlah jalan-Ku,”
demikianlah firman TUHAN.
“Setinggi langit di atas bumi,
demikianlah tingginya jalan-Ku daripada jalanmu
dan rancangan-Ku daripada rancanganmu.
Seperti hujan dan salji turun dari langit
dan tidak kembali ke sana melainkan membasahi bumi,
membuatnya berbuah dan bertunas,
memberikan benih kepada orang yang menabur dan makanan kepada orang yang mahu makan,
demikianlah firman yang Kusampaikan:
ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia
melainkan akan melaksanakan apa yang Kukehendaki
dan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya.
Sesungguhnya, kamu akan keluar dengan sukacita
dan akan dibimbing dengan damai.
Gunung-gunung dan bukit-bukit
akan bersorak-sorai gembira di hadapanmu,
dan semua pokok di padang akan bertepuk tangan.
Sebagai ganti semak duri akan tumbuh pokok sanubar,
sebagai ganti jelatang akan tumbuh pokok murad.
Hal ini akan terjadi sebagai kemasyhuran bagi TUHAN,
sebagai tanda abadi yang tidak akan lenyap.”Yesaya 55:6-13 - Carilah hadirat TUHAN selagi Dia dapat ditemui,

sebagai tanda abadi yang tidak akan lenyap.”

Free Reading Plans and Devotionals related to Yesaya 55:6-13