YouVersion Logo
Search Icon

Hagai 2:1-9

Hagai 2:1-9 AVB

Pada hari kedua puluh satu dalam bulan ketujuh itu, datanglah firman TUHAN dengan perantaraan Nabi Hagai: “Katakanlah begini kepada pembesar Yehuda, Zerubabel anak Sealtiel, dan kepada imam besar, Yosua anak Yozadak, dan kepada warga bangsa itu yang selebihnya: Adakah antara kamu yang pernah melihat Bait ini dalam kemegahannya yang terdahulu? Pada pandangan kamu, bagaimanakah keadaannya sekarang? Bukankah di matamu, keadaannya sekarang langsung tidak bererti sebagaimana keadaan terdahulunya? Namun begitu, kuatkanlah hatimu, wahai Zerubabel, demikianlah firman TUHAN; kuatkanlah hatimu, wahai Yosua anak Yozadak, imam besar; kuatkanlah hatimu, wahai semua warga negeri sekalian, demikianlah firman TUHAN; berusahalah, kerana Aku menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN alam semesta. Ini sejajar dengan ikatan perjanjian Aku dengan kamu sewaktu kamu keluar dari Mesir. Maka Roh-Ku berada di tengah-tengah kamu. Oleh itu, janganlah takut! Sebabnya beginilah firman TUHAN alam semesta: Sekali lagi, dalam sedikit waktu lagi, Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat. Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga akan datang mengalir keinginan segala bangsa, maka akan Kupenuhi Bait ini dengan kemegahan, firman TUHAN alam semesta. Perak itu milik-Ku dan emas itu milik-Ku, demikianlah firman TUHAN alam semesta. Adapun bagi Bait ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahan terdahulunya, firman TUHAN alam semesta, dan di tempat ini akan Kuberikan damai sejahtera, demikianlah firman TUHAN alam semesta.”

Free Reading Plans and Devotionals related to Hagai 2:1-9