YouVersion Logo
Search Icon

Kejadian 2:4-9

Kejadian 2:4-9 AVB

Demikianlah riwayat langit dan bumi ketika diciptakan. Pada masa TUHAN Allah menjadikan bumi dan langit belum ada rumpun semak dan belukar apa-apa pun di bumi, belum muncul tumbuh-tumbuhan apa-apa pun di padang, kerana TUHAN Allah, belum menurunkan hujan ke bumi, dan belum ada orang yang mengusahakan tanah itu, tetapi dari bumi ada kabus yang naik ke atas lantas membasahi seluruh permukaan bumi. Ketika itulah TUHAN Allah membentuk manusia daripada debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya lalu manusia menjadi makhluk yang hidup. Selanjutnya TUHAN Allah membuat taman di Eden, di sebelah timur dan di situlah Dia menempatkan manusia yang dibentuk-Nya itu. Lalu dari bumi itu TUHAN Allah menumbuhkan setiap jenis pokok. Ada yang menarik untuk dipandang dan yang baik untuk dimakan buahnya, termasuk juga pokok hayat di tengah-tengah taman itu serta pokok pengetahuan mengenai perkara yang baik dan yang jahat.