Galatia 3:23-29
Galatia 3:23-29 AVB
Sebelum datangnya iman, kita dikawal oleh hukum Taurat, dikurung sementara menantikan iman yang akan dinyatakan kelak. Oleh itu, hukum Taurat ialah guru kita, yang membawa kita kepada Kristus untuk diperbenar oleh iman. Tetapi selepas datangnya iman, kita tidak lagi di bawah pengawasan hukum Taurat. Kamu semua telah menjadi anak Allah melalui iman dalam Kristus Yesus. Dan semua antara kamu yang telah dibaptiskan dalam Kristus telah meliputi dirimu dengan Kristus. Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Kristus Yesus. Dan jika kamu milik Kristus, kamu ialah benih Abraham, dan menjadi waris menurut janji itu.





