Galatia 1
1
1Daripada Paulus, seorang rasul — bukan daripada manusia atau melalui manusia, tetapi melalui Yesus Kristus dan Allah Bapa, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian — 2dan daripada semua saudara yang bersamaku,
Kepada semua jemaah di Galatia:
3Kasih kurnia dan damai sejahtera kepadamu daripada Allah Bapa dan daripada Tuhan Yesus Kristus 4yang telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa kita agar Dia melepaskan kita daripada zaman durjana ini, menurut kehendak Bapa kita Allah. 5Bagi-Nyalah kemuliaan selama-lamanya. Amin.
Hanya satu Injil
6Aku hairan bahawa kamu telah berpaling begitu cepat daripada Dia yang telah memanggilmu dalam kasih kurnia Kristus, kepada suatu injil lain — 7yang bukannya Injil. Tetapi ada orang yang mengacau kamu dan hendak memesongkan Injil Kristus. 8Tetapi jika kami atau malaikat dari syurga sekalipun kelak mengkhabarkan suatu injil yang lain daripada Injil yang telah kami khabarkan kepadamu, maka terlaknatlah orang itu! 9Sebagaimana aku sudah berkata dahulu, sekarang kukatakan lagi: Jika sesiapa mengkhabarkan Injil kepadamu lain daripada yang telah kamu terima, terlaknatlah orang itu!
10Adakah aku hendak membuktikan diri kepada manusia atau kepada Allah? Adakah aku berusaha mendapatkan keredaan manusia atau keredaan Allah? Jika aku masih cuba mendapatkan keredaan manusia, aku bukanlah hamba Kristus.
Bagaimana Paulus menjadi rasul
11Aku memberitahu kepadamu, saudara-saudara, Injil yang kusampaikan bukanlah menurut manusia. 12Aku tidak menerimanya daripada manusia, dan aku tidak pula mempelajarinya; tetapi Injil itu datang melalui wahyu daripada Yesus Kristus.
13 # Kis 8:3; 22:4,5; 26:9-11. Kamu telah mendengar tentang kelakuanku dahulu ketika dalam agama Yahudi, betapa aku telah menganiaya jemaah Allah habis-habisan dan cuba membinasakannya. 14#Kis 22:3.Aku jauh lebih maju dalam agama Yahudi daripada orang sebayaku dalam kalangan bangsaku, kerana aku teramat kuat berpegang kepada segala adat nenek moyangku.
15 # Kis 9:3-6; 22:6-10; 26:13-18. Tetapi apabila Allah, yang telah mengasingkanku daripada rahim ibuku dan memanggilku, melalui kasih kurnia-Nya 16berkenan untuk menyatakan Anak-Nya dalamku agar aku mengkhabarkan tentang Dia dalam kalangan bangsa lain. Pada waktu itu, aku sama sekali tidak bermesyuarat dengan sesama manusia. 17Aku tidak juga pergi ke Yerusalem untuk menemui mereka yang telah menjadi rasul terdahulu daripadaku, tetapi aku ke Tanah Arab, lalu pulang semula ke Damsyik. 18#Kis 9:26-30.Tiga tahun kemudian, aku ke Yerusalem bertemu dengan Petrus lalu tinggal dengannya lima belas hari. 19Tetapi aku tidak melihat para rasul yang lain — kecuali Yakobus, saudara Tuhan Yesus.
20Sesungguhnya, di hadapan Allah, perkara-perkara yang kutuliskan kepadamu ini benar, aku tidak berbohong.
21Selepas itu, aku pergi ke rantau Siria dan Kilikia. 22Mukaku masih belum dikenali oleh jemaah Kristus di Yudea. 23Mereka hanya mendengar: “Orang yang dahulu menganiaya kita sekarang mengkhabarkan iman yang hendak dibinasakannya dahulu.” 24Lalu mereka memuji Allah keranaku.
Currently Selected:
Galatia 1: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
GALATIA 1
1
1Aku, Paulus, menyampaikan salam kepada jemaah di negeri Galatia. Aku dilantik menjadi rasul oleh Yesus Kristus dan Allah Bapa kita yang telah membangkitkan Yesus daripada kematian. Aku menjadi rasul bukan dengan perantaraan manusia ataupun kerana dilantik oleh manusia. 2Semua saudara Kristian di sini turut menyampaikan salam kepada jemaah di negeri Galatia.
3Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.
4Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya untuk mentaati kehendak Allah Bapa kita. 5Terpujilah Allah selama-lamanya! Amin.
Satu-satunya Berita Baik
6Aku hairan terhadap tingkah laku kamu. Allah sudah memanggil kamu kerana rahmat Kristus.#kerana rahmat Kristus; Beberapa buah naskhah kuno:kerana rahmat-Nya. Tetapi dalam masa yang demikian singkat, kamu telah meninggalkan Dia lalu mengikut berita baik lain yang bukan daripada Allah. 7Sebenarnya tidak ada berita baik lain. Tetapi aku berkata demikian kerana ada beberapa orang yang mengelirukan kamu dan cuba memutarbalikkan Berita Baik tentang Kristus. 8Jika kami, ataupun malaikat dari syurga, mengkhabarkan berita baik yang berlainan daripada Berita Baik yang telah kami khabarkan kepada kamu, biarlah orang itu dihukum oleh Allah! 9Kami telah mengatakannya dahulu, dan sekarang aku mengatakannya sekali lagi: Orang yang mengkhabarkan berita baik yang berlainan daripada Berita Baik yang telah kamu terima daripada kami, biarlah orang itu dihukum Allah!
10Dengan berkata demikian, adakah aku mengharapkan sokongan manusia? Tentu tidak! Aku hanya menghendaki Allah mengatakan bahawa apa yang aku lakukan itu benar. Adakah aku berusaha untuk mengambil hati orang? Jika aku masih berbuat demikian, aku bukanlah hamba Kristus.
Bagaimana Paulus Menjadi Rasul
11Saudara-saudaraku, kamu harus tahu bahawa Berita Baik yang aku khabarkan itu tidak berasal daripada manusia. 12Aku tidak menerima Berita itu daripada manusia. Tiada seorang pun mengajarkannya kepadaku. Yesus Kristus sendirilah yang menyatakan Berita Baik itu kepadaku.
13 #
Kis 8.3, 22.4-5, 26.9-11 Tentu kamu telah mendengar tentang kehidupanku dahulu sebagai penganut agama Yahudi. Kamu mengetahui betapa kejamnya aku menganiaya jemaah Allah, dan dengan segala upaya aku berusaha untuk membinasakan mereka. 14#Kis 22.3 Aku lebih maju daripada kebanyakan orang Yahudi yang sebaya dengan aku dalam hal mengamalkan agama Yahudi. Aku sangat taat kepada adat istiadat nenek moyang kita.
15Tetapi oleh sebab rahmat-Nya, Allah memilih aku sebelum aku dilahirkan dan memanggil aku untuk mengabdikan diri kepada-Nya. 16#Kis 9.3-6, 22.6-10, 26.13-18 Allah menunjukkan Anak-Nya kepadaku supaya aku dapat mengkhabarkan Berita Baik tentang Anak-Nya kepada orang bukan Yahudi. Pada masa itu aku tidak minta nasihat daripada sesiapa pun. 17Aku tidak pergi ke Yerusalem untuk berjumpa dengan mereka yang telah menjadi rasul terlebih dahulu daripadaku. Sebaliknya aku segera pergi ke negeri Arab dan kemudian kembali ke Damsyik. 18#Kis 9.26-30 Hanya selepas tiga tahun barulah aku pergi ke Yerusalem untuk melawat Petrus dan tinggal dengan dia selama dua minggu. 19Aku tidak berjumpa dengan rasul-rasul lain, kecuali Yakobus,#rasul-rasul lain, kecuali Yakobus; atau rasul-rasul lain; aku hanya berjumpa dengan seorang lain iaitu Yakobus. saudara Tuhan.
20Apa yang aku tulis ini benar. Allah tahu bahawa aku tidak berdusta.
21Kemudian aku pergi ke kawasan-kawasan di Siria dan Kilikia. 22Pada masa itu anggota jemaah Kristian di negeri Yudea tidak begitu mengenal aku. 23Mereka hanya mendengar orang berkata, “Orang yang dahulu menganiaya kami, sekarang mengkhabarkan kepercayaan yang dahulu mahu dimusnahkannya.” 24Demikianlah mereka memuji Allah kerana aku.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.