Efesus 6
6
Anak dan ibu bapa
1 # Kol 3:20. Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam Tuhan, kerana ini adalah wajar. 2#Kel 20:12; Ul 5:16.“Hormatilah ibu bapamu” — iaitu perintah pertama yang disertai dengan janji — 3“supaya kamu mendapat kebaikan dan umurmu panjang di bumi ini.”
4 # Kol 3:21. Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan.
Hamba dan tuan
5 # Kol 3:22-25. Hamba sahaya, taatlah kepada tuanmu di dunia ini, dengan takut dan hormat, dengan hati yang ikhlas, seperti kepada Kristus. 6Janganlah lakukan secara bermuka-muka, sekadar menyukakan hati orang, tetapi sebagai hamba Kristus, melakukan kehendak Allah setulus hati. 7Bekerjalah dengan niat bersih, seperti untuk Tuhan, bukan untuk manusia. 8Ketahuilah bahawa apa-apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh seseorang akan dibalas sewajarnya oleh Tuhan, baik hamba mahupun orang merdeka.
9 # Kol 4:1. Ul 10:17; Kol 3:25. Kamu, tuan kepada hamba, hendaklah juga berbuat baik kepada mereka, dan jangan lagi mengugut mereka, kerana kamu tahu bahawa Tuan mereka dan Tuanmu sendiri ada di syurga, dan Dia memandang semuanya sama rata.
Senjata Allah
10Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-Nya. 11#Keb 5:17.Pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya iblis. 12Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara. 13Oleh itu, pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan pada masa yang penuh kejahatan, dan berdiri tegap setelah kamu melakukan segalanya.
14 # Keb 5:18-23. # Yes 11:5. Yes 59:17. Dengan demikian, berdirilah dengan tegap setelah mengikat pinggangmu dengan tali pinggang kebenaran, memakai perbenaran#6:14 Terjemahan lain: Perkataan, ‘perbenaran’ dalam bahasa asal, ‘dikaiosunē,’ sukar ditafsirkan tetapi pada amnya merujuk kepada hidup yang benar, adil dan hidup selaras dengan kehendak Allah. sebagai perisai dada, 15#Yes 52:7.menyarungkan ke kakimu persediaan menyebarkan Injil perdamaian. 16Yang paling utama, memakai perisai iman, untuk memadamkan segala anak panah berapi si durjana, 17#Yes 59:17.dan ketopong penyelamatan serta pedang Roh, iaitu firman Allah. 18Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih. 19Berdoalah juga untukku, supaya aku dikurniai daya pengucapan dan aku membuka mulut dengan berani untuk memberitahu rahsia Injil, 20sedangkan aku adalah utusan yang terpenjara, supaya dengannya aku dapat bertutur dengan berani, sebagaimana sepatutnya aku bertutur.
Salam penutup
21 # Kis 20:4; 2Tim 4:12. # Kol 4:7,8. Tetapi supaya kamu tahu hal ehwalku dan bagaimana keadaanku, maka Tikhikus, seorang saudara yang dikasihi dan hamba yang beriman kepada Tuhan, akan memberitahu segalanya kepadamu. 22Aku menghantarnya kepadamu untuk tujuan ini, supaya kamu mengetahui hal ehwal kami dan dia dapat menggalakkan hatimu.
23Damai sejahtera kepada saudara-saudara kita, dan kasih dengan iman daripada Allah Bapa dan Tuhan Yesus Kristus. 24Kasih kurnia Allah bagi semua yang mengasihi Tuhan kita Yesus Kristus dengan kasih yang kekal.
Currently Selected:
Efesus 6: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
EFESUS 6
6
Anak-Anak dan Ibu Bapa
1 #
Kol 3.20
Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus,#Di dalam beberapa buah naskhah kuno tidak terdapat: sebagai pengikut Kristus. kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. 2-3#Kel 20.12; Ul 5.16 “Hormatilah ibu bapamu” adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: “supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi.”
4 #
Kol 3.21
Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.
Abdi dan Tuan
5Hai abdi, hormatilah tuan kamu dan taatilah mereka dengan sepenuhnya. Lakukanlah semuanya dengan hati yang ikhlas, seperti kamu melakukan apa yang diperintahkan oleh Kristus. 6Janganlah berbuat demikian hanya pada masa kamu diawasi, untuk mendapat pujian mereka. Tetapi sebagai abdi Kristus, kamu harus melakukan kehendak Allah dengan sepenuh hati. 7Lakukanlah kerja kamu sebagai abdi dengan hati yang gembira, seolah-olah kamu bekerja untuk Tuhan, dan bukan hanya untuk manusia. 8#Kol 3.22-25 Ketahuilah bahawa setiap orang, baik abdi ataupun orang bebas, akan menerima pahala daripada Tuhan bagi semua perbuatan baik yang dilakukannya.
9 #
Ul 10.17; Kol 3.25, 4.1 Hai pemilik abdi, perlakukanlah abdi kamu dengan sepatutnya. Jangan lagi gunakan ancaman. Ketahuilah bahawa kamu dan abdi kamu dimiliki oleh satu tuan, iaitu Tuhan yang di syurga, yang menghakimi semua orang dengan adil.
Perlengkapan Senjata daripada Allah
10Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia. 11Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat. 12Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini. 13Oleh itu, sekarang, pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya pada hari yang jahat kamu dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh. Dengan demikian setelah kamu berjuang sampai akhir, kamu tidak akan berganjak sedikit pun.
14 #
Yes 11.5, 59.17 Oleh itu, kamu harus bersiap sedia! Gunakanlah ajaran benar tentang Allah#ajaran benar tentang Allah; Harfiah: kebenaran. sebagai tali pinggang dan ketulusan sebagai perisai dada. 15#Yes 52.7 Hendaklah kesediaan untuk mengisytiharkan Berita Baik yang membawa kesejahteraan menjadi seperti kasutmu. 16Hendaklah kamu sentiasa gunakan kepercayaan kamu kepada Allah sebagai perisai di tangan. Dengannya kamu dapat memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat. 17#Yes 59.17 Terimalah penyelamatan daripada Allah sebagai topi besi, dan firman Allah sebagai pedang daripada Roh Allah. 18Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah. 19Berdoalah untukku juga, supaya Allah memberitahu aku apa yang harus aku katakan, ketika menyampaikan perkhabaran. Berdoalah supaya dengan berani aku dapat memberitahukan rahsia Berita Baik itu. 20Kerana Berita Baik itulah, aku menjadi seorang duta, walaupun aku sekarang dipenjarakan. Berdoalah supaya aku berani berkata-kata tentang Berita Baik itu, sebagaimana yang harus aku lakukan.
Salam Terakhir
21 #
Kis 20.4; 2 Tim 4.12 Tikhikus, saudara yang kita kasihi dan hamba yang setia dalam pekerjaan Tuhan, akan memberitahu kamu segala sesuatu tentang aku, supaya kamu mengetahui keadaanku. 22#Kol 4.7-8 Itulah sebabnya aku mengutus dia kepada kamu untuk memberitahu kamu keadaan kami semua, supaya kamu berbesar hati.
23Semoga Allah Bapa dan Tuhan Yesus Kristus menolong semua orang Kristian hidup rukun, saling mengasihi, dan tetap percaya kepada Kristus. 24Semoga Allah memberkati semua orang yang mengasihi Tuhan kita Yesus Kristus dengan kasih yang tidak kunjung padam.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.