Efesus 4
4
Kesatuan dalam tubuh Kristus
1Oleh itu aku, yang terpenjara kerana Tuhan, merayu agar kamu, sebagai orang yang telah dipanggil, hiduplah berpadanan dengan panggilan itu. 2#Kol 3:12,13.Kamu haruslah selalu rendah hati dan lemah lembut; sabar, bertolak ansur satu sama lain dalam kasih, 3dan berusaha memelihara perpaduan dalam Roh dengan ikatan sejahtera. 4Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh — sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu — 5satu Tuhan, satu iman, satu baptisan; 6satu Allah, iaitu Bapa sekalian, yang di atas sekalian, melalui sekalian, dan dalam kamu sekalian.
7Tetapi masing-masing diberi kasih kurnia sekadar pemberian Kristus. 8#Mzm 68:18.Oleh itu, firman-Nya:
“Apabila Dia naik ke tempat tinggi,
Dia menawan tawanan, dan memberi pemberian kepada manusia.”
9(Apakah maksud “Dia naik ke atas”? Tentulah ertinya bahawa sebelum itu Dia telah turun ke bahagian terbawah di bumi. 10Dia yang telah turun itu adalah juga Dia yang naik jauh ke atas semua lapisan langit, untuk memenuhi segala-galanya.) 11Dan Dialah yang memberi sesetengah orang menjadi rasul, nabi, penyebar Injil, pembimbing jemaah dan pengajar, 12untuk menyediakan orang yang salih bagi kerja melayani, untuk meneguhkan tubuh Kristus. 13Dengan itu, kita semua mencapai kesatuan dalam iman dan pengetahuan akan Anak Allah, agar menjadi dewasa, dan memiliki pertumbuhan yang sesuai dengan kadar kesempurnaan Kristus. 14Maka, kita tidaklah lagi berupa kanak-kanak, dipukul ombak dan ditiup ke sana ke mari oleh setiap angin pengajaran orang, tipu daya manusia, dan putar belit muslihat jahat. 15Sebaliknya, kita sentiasa bercakap benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal ke arah Dia yang menjadi Kepala, iaitu Kristus. 16#Kol 2:19.Daripada-Nya, seluruh tubuh yang dihubungkan dan dijalin erat oleh setiap sendi dalam kelengkapannya manakala setiap bahagian menjalankan peranan masing-masing, bertumbuh untuk meneguhkan dirinya dalam kasih.
Hidup sebagai anak cahaya
17Oleh itu, aku berkata demikian dan bersaksi demi Tuhan, janganlah lagi kamu hidup seperti orang yang tidak mengenal Allah, menurut pemikiran yang sia-sia. 18Akibatnya, daya pengertian mereka dimalapkan, dan diri mereka tersisih daripada kehidupan Allah, kerana kejahilan mereka, kerana kedegilan hati mereka. 19Oleh sebab sudah hilang perasaan, mereka telah menceburkan diri dalam kancah maksiat, bergelumang dalam segala noda dengan rakus.
20Tetapi bukan demikian yang kamu pelajari tentang Kristus, 21jika kamu telah mendengar-Nya dan diajar oleh-Nya, sebagaimana kebenaran itu dalam Yesus. 22#Kol 3:9.Berkenaan kelakuanmu yang dahulu, kamu menyingkirkan dirimu yang lama, yang dirosakkan oleh hawa nafsu tipu daya; 23dan kamu diperbaharu dalam roh pemikiranmu; 24#Kol 3:10. Kej 1:26; Keb 9:3.serta berubah kepada diri baru yang dicipta menurut teladan Allah dalam perbenaran#4:24 Perkataan, ‘perbenaran’ dalam bahasa asal, ‘dikaiosunē,’ sukar ditafsirkan tetapi pada amnya merujuk kepada hidup yang benar dan hidup selaras dengan kehendak Allah. dan kesucian sejati.
25 # Za 8:16. Oleh itu, janganlah lagi berdusta. Hendaklah setiap orang daripada kamu bercakap benar sesama manusia kerana kita adalah sesama anggota. 26#Mzm 4:4.“Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa.” Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, 27dan jangan beri tempat kepada iblis. 28Orang yang mencuri hendaklah berhenti mencuri dan mula bekerja, membuat sesuatu yang baik dengan tangannya, supaya dapat memberi kepada orang yang kekurangan. 29Janganlah biarkan kata-kata yang kesat keluar dari mulutmu, tetapi lafazkanlah teguran baik yang membina, mengikut keperluannya, supaya membawa berkat kepada yang mendengar. 30Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. 31Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. 32#Kol 3:13.Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.
Currently Selected:
Efesus 4: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
EFESUS 4
4
Kesatuan Tubuh Kristus
1Itulah sebabnya aku - orang yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Tuhan - menggesa kamu supaya hidup sesuai dengan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah ketika Dia memanggil kamu. 2#Kol 3.12-13 Hendaklah kamu sentiasa rendah hati, lemah lembut, dan sabar. Tunjukkanlah kasihmu dengan saling membantu. 3Berusahalah sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya kesatuan yang diberikan oleh Roh Allah tetap terpelihara. 4Hanya ada satu tubuh dan satu Roh, begitu juga kamu dipanggil oleh Allah untuk satu harapan. 5Hanya ada satu Tuhan, satu iman, satu baptisan, 6dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui semua orang, dan tinggal di dalam semua orang.
7Setiap orang daripada kita menerima suatu kurnia menurut apa yang diberikan oleh Kristus. 8#Mzm 68.19 Di dalam Alkitab tertulis,
“Ketika Dia naik ke tempat yang tertinggi,
Dia membawa banyak tawanan;
Dia memberikan kurnia kepada manusia.”
9Inilah yang dimaksudkan dengan “Dia naik”: Mula-mula Dia turun ke tempat yang serendah-rendahnya di bumi ini.#tempat yang serendah-rendahnya di bumi ini; atau tempat yang sangat rendah, iaitu bumi. 10Dia yang turun itu juga naik ke tempat yang jauh lebih tinggi daripada segala langit, sehingga alam semesta dipenuhi dengan kehadiran-Nya. 11Dialah yang “memberikan kurnia kepada manusia”. Beberapa orang dilantik-Nya menjadi rasul, yang lain menjadi nabi, yang lain lagi menjadi pembawa Berita Baik, dan yang lain pula menjadi guru dan pemelihara jemaah. 12Hal itu dilakukan-Nya supaya umat Allah dapat melakukan pelayanan yang sepatutnya dilakukan oleh pengikut Kristus, sehingga tubuh Kristus dikuatkan. 13Dengan demikian kita menjadi satu oleh iman yang sama dan pengertian yang sama tentang Anak Allah. Kita akan menjadi matang dan sempurna seperti Kristus. 14Barulah kita tidak menjadi anak-anak lagi, yang diumbang-ambingkan dan ditiup ke sana sini oleh angin ajaran orang licik. Mereka menyesatkan orang dengan tipu muslihat. 15Sebaliknya, kita harus mengatakan perkara-perkara benar#perkara-perkara benar: Harfiah: kebenaran. dengan hati yang penuh kasih, sehingga kita menjadi matang dalam segala hal dan menjadi seperti Kristus, iaitu kepala jemaah. 16#Kol 2.19 Di bawah pimpinan-Nya, semua anggota tubuh yang berlainan itu tersusun rapi, dan seluruh tubuh itu dihubungkan oleh sendi-sendi yang sudah tersedia. Oleh itu, apabila setiap anggota bekerja dengan sepatutnya, seluruh tubuh itu akan membesar dan menjadi kuat, kerana kasih.
Kehidupan Baru sebagai Orang Kristian
17Oleh itu, demi nama Tuhan aku memberikan amaran ini: Janganlah kamu hidup seperti orang yang tidak mengenal Allah, yang berfikiran sia-sia. 18Mereka tidak dapat memahami apa-apa. Mereka tidak mengenal kehidupan yang diberikan oleh Allah, kerana mereka jahil dan degil. 19Mereka tidak mempunyai perasaan malu lagi. Mereka menuruti segala hawa nafsu dan terus-menerus melakukan segala perkara yang tidak senonoh.
20Bukan itu yang kamu pelajari tentang Kristus! 21Kamu tentu sudah diberitahukan tentang Dia. Sebagai pengikut-Nya kamu telah menerima ajaran benar#ajaran benar; Harfiah: kebenaran tentang Yesus. 22#Kol 3.9 Oleh itu, buanglah cara hidup yang lama, yang menyebabkan kamu berkelakuan seperti dahulu. Cara hidup itu membinasakan kamu, kerana kamu dikuasai keinginan yang menyesatkan. 23Hati dan fikiran kamu haruslah dibaharui seluruhnya. 24#Kej 1.26; Kol 3.10 Hendaklah kamu hidup seperti manusia baru, yang diciptakan menurut rupa Allah. Dengan demikian orang dapat melihat bahawa kamu mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah#hidup yang menyenangkan hati Allah; Harfiah: kebenaran. dan yang suci.
25 #
Za 8.16
Oleh itu, kamu tidak boleh berdusta lagi! Kamu harus mengatakan yang benar kepada saudara-saudara seiman, kerana kita semua anggota tubuh Kristus. 26#Mzm 4.5 Jika kamu marah, janganlah biarkan kemarahan itu menyebabkan kamu berdosa. Janganlah marah sepanjang hari. 27Janganlah berikan peluang kepada Iblis. 28Orang yang biasa mencuri mesti berhenti mencuri. Mereka harus mula bekerja untuk mencari nafkah dengan jujur sehingga dapat menolong orang miskin. 29Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan, supaya apa yang kamu katakan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengarnya. 30Janganlah sedihkan Roh Allah. Jika kamu memiliki Roh Allah, hal itu menunjukkan bahawa kamu milik Allah. Roh itu jaminan bahawa Hari Pembebasan akan tiba bagi kamu. 31Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun. 32#Kol 3.13 Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.