Ulangan 10:14-19
Ulangan 10:14-19 AVB
Sesungguhnya, TUHAN, Allahmu, yang empunya langit, bahkan langit di atas segala langit, juga bumi dengan segala isinya. Meskipun begitu, kepada nenek moyangmulah TUHAN terpaut sehingga Dia mengasihi mereka dan memilih kamu, iaitu keturunan mereka, daripada segala bangsa seperti yang terjadi pada hari ini. Oleh sebab itu, sunatlah hatimu dan jangan lagi keras kepala. TUHAN, Allahmu, sememangnya Allah segala allah, Tuhan segala tuhan, Allah yang besar, perkasa, dan tersangat hebat, yang tidak memilih kasih serta tidak menerima sogokan. Dia membela hak anak yatim dan balu. Dia mengasihi kaum pendatang, dan memberikan kepada mereka makanan serta pakaian. Oleh sebab itu hendaklah kamu mengasihi kaum pendatang, kerana kamu pun pernah menjadi pendatang di Tanah Mesir.