YouVersion Logo
Search Icon

Kisah Para Rasul 8:29-39

Kisah Para Rasul 8:29-39 AVB

Roh Kudus berkata kepada Filipus, “Pergi dekati rata itu.” Filipus pun berlari mendapatkannya lalu mendengarnya membaca kitab Nabi Yesaya. Filipus berkata, “Fahamkah apa yang kamu baca itu?” Jawabnya, “Bagaimana aku dapat memahaminya, kecuali ada orang yang membimbingku?” Dia pun mengajak Filipus naik duduk di sisinya. Bahagian Kitab Suci yang dibacanya ialah: “Seperti domba yang dibawa untuk disembelih, seperti anak domba yang senyap di hadapan orang yang menggunting bulunya, maka Dia tidak membuka mulut-Nya. Dia dihina dan keadilan direntap daripada-Nya, maka siapa akan mengisahkan keturunan-Nya? Nyawa-Nya direnggut dari muka bumi.” Sida-sida itu berkata kepada Filipus, “Aku bertanya kepadamu, tentang siapakah nabi itu bercakap, tentang dirinya atau seseorang lain?” Filipus pun membuka mulutnya: bermula dari bahagian Kitab Suci itu, dia menyampaikan berita baik tentang Yesus kepada sida-sida itu. Sedang mereka meneruskan perjalanan, mereka sampai di suatu tempat yang berair. Sida-sida itu berkata, “Lihat, di sini ada air. Apa yang menghalang aku daripada dibaptiskan?” Filipus berkata, “Jika kamu percaya sepenuh hati, kamu boleh dibaptiskan.” Sida-sida itu menjawab, “Aku percaya bahawa Yesus Kristus itu Anak Allah.” Lalu dia mengarahkan rata itu dihentikan. Dia bersama Filipus turun ke dalam air, lalu Filipus membaptisnya. Setelah mereka keluar dari air, Roh Tuhan mengambil Filipus dari situ. Sida-sida itu tidak melihatnya lagi, lalu meneruskan perjalanan dengan sukacita.