2 Tesalonika 2:7-12
2 Tesalonika 2:7-12 AVB
Kuasa rahsia keleluasaan sudah pun mula bertindak. Hanya yang menahannya sekarang akan terus berbuat demikian sehingga disingkirkan. Kemudian manusia leluasa itu akan ternyata dan Tuhan Yesus akan membunuhnya dengan hembusan nafas dari mulut-Nya dan membinasakannya dengan sinar gemilang kedatangan-Nya. Datangnya manusia leluasa itu adalah hasil usaha Iblis, dengan membawa kuasa, tanda dan keajaiban palsu, serta tipu helah durjana untuk menyesatkan orang yang binasa kerana mereka enggan menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka. Oleh yang demikian Allah menghantar pengaruh yang akan menyesatkan mereka sehingga mereka mempercayai apa yang tidak benar. Dengan itu semua yang tidak mempercayai apa yang benar dan gembira melakukan perkara yang salah akan dihukum.