2 Samuel 9:1-7, 13
2 Samuel 9:1-7 AVB
Berkatalah Daud, “Masih adakah orang yang tinggal daripada keluarga Saul? Maka aku akan menunjukkan kasihku kepadanya demi Yonatan.” Keluarga Saul mempunyai seorang hamba, yang bernama Ziba. Dia dipanggil menghadap Daud, lalu raja bertanya kepadanya: “Adakah kamu ini Ziba?” Jawabnya: “Hamba tuanku.” Kemudian berkatalah raja: “Daripada keluarga Saul, tidak adakah lagi orang yang tinggal? Aku hendak menunjukkan kepadanya kasih daripada Allah.” Jawab Ziba kepada raja, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan yang tempang kedua-dua belah kakinya.” Tanya raja kepadanya, “Di manakah dia?” Jawab Ziba kepada raja: “Dia ada di rumah Makhir anak Amiel, di Lodebar.” Sesudah itu Raja Daud menyuruh orang itu dibawa dari rumah Makhir anak Amiel, dari Lodebar. Dan Mefiboset anak Yonatan anak Saul masuk menghadap Daud lantas sujud dan menyembah. Kata Daud, “Mefiboset!” Jawabnya, “Hambamu ini, tuanku.” Kemudian berkatalah Daud kepadanya: “Janganlah takut, kerana aku pasti akan menunjukkan kasihku kepadamu demi Yonatan, ayahmu. Aku akan mengembalikan kepadamu segala ladang Saul, datukmu, dan engkau akan selalu makan di mejaku.”
2 Samuel 9:13 AVB
Demikianlah Mefiboset, yang tempang kedua-dua belah kakinya itu, tinggal di Yerusalem dan selalu makan di meja raja.