1 Tesalonika 2
2
Kerja Paulus di Tesalonika
1Saudara-saudaraku, kamu tahu bahawa kunjungan kami kepadamu tidak sia-sia. 2#Kis 16:19-24. Kis 17:1-9.Kamu tahu bahawa kami telah dianiaya dan telah dihina di Filipi. Walaupun kami telah ditentang tetapi dengan pertolongan Allah kita, kami beroleh keberanian untuk menyampaikan Injil-Nya kepadamu. 3Seruan kami kepadamu tidak berasaskan kesilapan atau niat yang kotor mahupun usaha untuk memperdayamu. 4Sebaliknya, kami sentiasa berkata-kata sebagai orang yang dipandang layak oleh-Nya untuk memegang amanah menyampaikan Injil itu. Kami tidaklah berusaha hanya sekadar menyukakan hati manusia tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah yang menguji hati kami. 5Kamu tahu bahawa kami tidak mendekatimu dengan kata-kata sanjungan atau dengan niat tersembunyi untuk mendapatkan keuntungan daripadamu. Allah menjadi saksi kami. 6Kami juga tidak berusaha mendapatkan pujian manusia baik daripada kamu mahupun orang lain. Walaupun sebagai rasul Kristus kami memang boleh menuntut sesuatu daripadamu, 7namun ketika kami bersamamu, kami bersikap lemah lembut seperti ibu menjaga anak-anaknya. 8Kami amat mengasihimu sehingga kami bukan sahaja berasa sukacita menyampaikan Injil daripada Allah kepadamu malah sanggup memberikan kehidupan dan nyawa kami untukmu kerana kamu amat kami kasihi. 9Saudara-saudaraku, tentu kamu ingat betapa kami bertungkus-lumus siang malam agar tidak membebankan kamu ketika kami menyebarkan Injil daripada Allah.
10Kamu menjadi saksi kami, di samping Allah, bahawa setiap perbuatan kami suci, benar dan tiada cacat celanya dalam kalangan kamu yang beriman. 11Kamu tahu betapa kami menasihati, menggalakkan dan menyeru kamu seperti bapa terhadap anak-anaknya, 12supaya kamu hidup dengan cara yang diredai Allah yang memanggilmu ke dalam kerajaan-Nya serta kemuliaan-Nya.
13Di samping itu, kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana apabila kami menyampaikan perkhabaran Allah kepadamu, kamu telah mendengar dan menyambutnya bukan sebagai perutusan daripada manusia tetapi sebagai firman Allah. Memang benar perkhabaran itu daripada Allah yang bekerja dalam dirimu yang beriman. 14#Kis 17:5.Saudara-saudaraku, kamu telah mengikut teladan jemaah Allah di Yudea dalam Kristus Yesus. Kamu dianiaya oleh bangsamu sendiri, sebagaimana jemaah di Yudea dianiaya oleh orang Yahudi. 15#Kis 9:23,29; 13:45,50; 14:2,5,19; 17:5,13; 18:12.Orang Yahudi telah membunuh Tuhan Yesus dan nabi-nabi mereka sendiri serta mengusir kami keluar. Mereka menyakitkan hati Allah, memusuhi semua manusia, 16serta menghalang kami daripada menyebarkan perkhabaran kepada bangsa-bangsa asing supaya mereka beroleh penyelamatan. Demikianlah orang Yahudi berterusan melakukan dosa sehingga sampai hadnya. Kini seluruh kemurkaan Allah menimpa mereka.
Kerinduan Paulus
17Saudara-saudara, meskipun kami terpisah jauh daripadamu bagi sementara waktu, namun hati kami tetap dekat denganmu dan amat merinduimu. Kami berusaha sedaya upaya untuk bertemu lagi denganmu. 18Kami berhasrat mengunjungimu lagi. Aku, Paulus, telah berusaha berkali-kali untuk melawatmu, tetapi kami telah dihalang oleh Iblis. 19Siapakah harapan, kesukaan, atau mahkota yang akan kami megahkan kelak di hadapan Tuhan kita Yesus ketika Dia datang nanti? Bukankah kamu? 20Memang kamulah kemuliaan dan kegembiraan kami.
Currently Selected:
1 Tesalonika 2: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
1 TESALONIKA 2
2
Pelayanan Paulus di Tesalonika
1Saudara-saudaraku, kamu sendiri tahu bahawa lawatan kami kepada kamu tidak sia-sia. 2#Kis 16.19-24, 17.1-9 Kamu tahu bahawa kami dianiaya dan dihina di Filipi, sebelum kami datang kepada kamu di Tesalonika. Meskipun kami mengalami tentangan, Allah kita mengurniai kami keberanian untuk memberitahu kamu Berita Baik yang datang daripada-Nya. 3Rayuan kami kepada kamu tidak berdasarkan kesilapan ataupun maksud yang tidak murni. Kami juga tidak cuba memperdaya sesiapa pun. 4Sebaliknya kami sentiasa berkata-kata sebagaimana yang dikehendaki Allah, kerana kami dianggap layak oleh Allah untuk mengisytiharkan Berita Baik itu. Kami tidak berusaha untuk menyenangkan hati orang, tetapi kami berusaha untuk menyenangkan hati Allah yang menguji hati kami. 5Kamu tahu bahawa kami tidak datang kepada kamu dengan kata-kata yang mengangkat, ataupun dengan maksud untuk mengambil untung daripada kamu. Allah saksi kami! 6Kami tidak berusaha untuk mendapat pujian daripada sesiapa pun, baik daripada kamu mahupun daripada orang lain. 7Sebenarnya sebagai rasul Kristus kami boleh menuntut sesuatu daripada kamu. Tetapi apabila kami bersama-sama kamu, kami bersikap lemah lembut seperti seorang ibu#Tetapi apabila kami bersama-sama kamu, kami bersikap lemah lembut seperti seorang ibu; Beberapa buah naskhah kuno:kami seperti anak-anak semasa bersama-sama kamu; kami seperti seorang ibu. yang menjaga anak-anaknya. 8Kerana kami mengasihi kamu, kami bersedia mati bagi kamu di samping memberitahu kamu Berita Baik daripada Allah. Kami sangat mengasihi kamu! 9Saudara-saudaraku, tentu kamu ingat bagaimana kami bertungkus lumus! Kami bekerja siang malam supaya kami tidak menjadi beban kepada kamu semasa kami mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah.
10Kamulah saksi kami, demikian juga Allah. Kelakuan kami suci, benar, dan tidak bercela terhadap kamu yang percaya kepada Kristus. 11Kamu tahu bahawa kami memperlakukan setiap orang daripada kamu seperti seorang bapa memperlakukan anak-anaknya. 12Kami menasihati kamu, kami menggalakkan kamu, dan kami menggesa kamu supaya hidup sedemikian rupa sehingga menyenangkan hati Allah. Dialah yang memanggil kamu untuk menikmati Dunia Baru Allah#Dunia Baru Allah; Harfiah: Kerajaan Allah. dan kemuliaan-Nya.
13Kami mempunyai alasan lain yang menyebabkan kami sentiasa bersyukur kepada Allah. Ketika kami menyampaikan perkhabaran Allah kepada kamu, kamu mendengar dan menyambutnya bukan sebagai perkhabaran daripada manusia, tetapi sebagai perkhabaran daripada Allah.#perkhabaran daripada Allah; Harfiah: kebenaran. Memang perkhabaran itu daripada Allah! Allah bekerja dalam diri kamu yang percaya kepada Kristus. 14#Kis 17.5 Saudara-saudaraku, kamu sudah mengalami perkara yang juga dialami oleh jemaah Allah di Yudea, yang menjadi milik Kristus Yesus. Kamu mengalami penganiayaan daripada orang sebangsa kamu sendiri, seperti jemaah di Yudea yang mengalami penganiayaan daripada orang Yahudi. 15#Kis 9.23,29, 13.45,50, 14.2, 5, 19, 17.5, 13, 18.12 Orang Yahudi sudah membunuh Tuhan Yesus dan nabi-nabi, serta menganiaya kami juga. Mereka memusuhi semua orang dan mereka menyebabkan Allah sangat murka! 16Bahkan mereka berusaha menghalangi kami mengisytiharkan perkhabaran Allah kepada orang bukan Yahudi, dan sebenarnya perkhabaran itu dapat menyelamatkan mereka. Demikianlah orang Yahudi terus-menerus menambah dosa sampai hadnya. Sekarang kemurkaan Allah menimpa mereka!
Paulus Ingin Melawat Orang Tesalonika Sekali Lagi
17Tetapi saudara-saudara seiman, sejak kami terpisah daripada kamu untuk sementara waktu - jauh di mata tetapi dekat di hati - kami sangat merindui kamu. Kami berusaha seboleh-bolehnya supaya dapat berjumpa lagi dengan kamu! 18Kami berniat melawat kamu lagi. Aku sendiri telah berusaha melawat kamu semula sekali dua, tetapi Iblis menghalangi kami. 19Sesungguhnya kamulah harapan dan kegembiraan kami. Pada waktu Tuhan kita Yesus datang kelak, dan kita menghadap-Nya, maka kamulah yang akan menyebabkan kami dapat berbangga dengan kejayaan kami. 20Sesungguhnya kamulah kebanggaan dan kegembiraan kami!
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.