Kemudian aku menyampaikan firman itu kepada Hananya, lalu aku berkata lagi, “Dengarlah, hai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau; engkau menyebabkan bangsa ini mempercayai dusta. Oleh itu TUHAN sendiri berfirman bahawa Dia akan melenyapkan engkau. Tahun ini juga engkau akan mati, kerana engkau telah menyuruh bangsa ini melawan TUHAN.”