1
BILANGAN 13:30
Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
ABBDK96
Kaleb menenangkan hati orang yang bersungut terhadap Musa, dan berkata, “Kita harus melancarkan serangan dan merebut tanah itu sekarang juga. Kita cukup kuat untuk menaklukkannya.”
Compare
Explore BILANGAN 13:30
2
BILANGAN 13:33
dan kami juga nampak raksasa, keturunan Enak di sana. Kami merasa kecil seperti belalang dan pasti begitulah anggapan mereka terhadap kami.”
Explore BILANGAN 13:33
3
BILANGAN 13:31
Tetapi orang lain yang menjelajahi tanah itu bersama-sama Kaleb berkata, “Tidak, kita tidak cukup kuat untuk menyerang mereka. Penduduknya lebih kuat daripada kita.”
Explore BILANGAN 13:31
4
BILANGAN 13:32
Oleh itu mereka menyebarkan khabar angin di kalangan orang Israel tentang tanah yang dijelajahi mereka. Mereka berkata, “Tanah itu tidak dapat mengeluarkan hasil yang cukup bahkan untuk penduduknya pun. Tiap-tiap orang yang kami nampak sangat tinggi
Explore BILANGAN 13:32
5
BILANGAN 13:27
Mereka berkata kepada Musa, “Kami sudah menjelajahi tanah itu dan melihat bahawa tanahnya kaya dan subur; inilah sedikit buah-buahan dari sana.
Explore BILANGAN 13:27
6
BILANGAN 13:28
Tetapi penduduk tanah itu sangat kuat; kota-kota mereka sangat besar dan bertembok. Lagi pula, kami nampak keturunan raksasa di sana.
Explore BILANGAN 13:28
7
BILANGAN 13:29
Orang Amalek tinggal di bahagian selatan tanah itu; orang Het, orang Yebusi, dan orang Amori tinggal di kawasan perbukitan; orang Kanaan tinggal di kawasan pantai Laut Tengah dan di sepanjang Sungai Yordan.”
Explore BILANGAN 13:29
8
BILANGAN 13:26
kepada Musa, Harun, dan semua orang Israel di Kades, di padang gurun Paran. Mereka melaporkan apa yang dilihat oleh mereka dan menunjukkan buah-buahan yang dibawa.
Explore BILANGAN 13:26