1
BILANGAN 22:28
Alkitab Berita Baik Protestant Bible
BM
Kemudian TUHAN membolehkan keldai itu bercakap, lalu keldai itu berkata kepada Bileam, “Apakah kesalahan saya? Mengapakah tuan memukul saya sampai tiga kali?”
Compare
Explore BILANGAN 22:28
2
BILANGAN 22:31
Kemudian TUHAN membolehkan Bileam melihat malaikat TUHAN yang berdiri di situ dengan pedang terhunus, lalu Bileam sujud menyembah.
Explore BILANGAN 22:31
3
BILANGAN 22:32
Malaikat itu berkata, “Mengapakah engkau memukul keldaimu sampai tiga kali? Akulah yang menghalangi perjalananmu, kerana engkau tidak seharusnya pergi.
Explore BILANGAN 22:32
4
BILANGAN 22:30
Keldai itu menjawab, “Bukankah tuan menunggangi saya seumur hidup tuan? Pernahkah saya memperlakukan tuan begini?” “Tidak,” jawab Bileam.
Explore BILANGAN 22:30
5
BILANGAN 22:29
Bileam menjawab, “Oleh sebab engkau mempermainkan aku! Jika aku mempunyai sebilah pedang, sudah pasti aku membunuh engkau.”
Explore BILANGAN 22:29
6
BILANGAN 22:27
Kali ini, ketika keldai itu nampak malaikat TUHAN, keldai itu merebahkan badan. Bileam naik marah lalu memukul keldai itu dengan tongkatnya.
Explore BILANGAN 22:27