1
Wahyu 7:9
Alkitab Versi Borneo
AVB
Selepas itu, aku melihat lagi. Kulihat lautan manusia, tidak terkira banyaknya, daripada segala bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daun palma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba.
Compare
Explore Wahyu 7:9
2
Wahyu 7:10
Mereka berseru dengan lantang, “Penyelamatan ada pada Allah kami yang bersemayam di atas takhta dan pada Anak Domba!”
Explore Wahyu 7:10
3
Wahyu 7:17
kerana Anak Domba di tengah-tengah takhta itu akan menjadi gembala mereka. Dia akan membimbing mereka ke mata air yang membawa hidup, dan Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka.”
Explore Wahyu 7:17
4
Wahyu 7:15-16
Maka sekarang, mereka berdiri di hadapan takhta Allah dan menyembah-Nya siang malam di dalam Bait Suci-Nya. Dia yang bersemayam di atas takhta akan membentangkan khemah-Nya di atas mereka. Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi. Terik matahari atau sesuatu yang amat panas pun tidak akan dapat membakar mereka lagi
Explore Wahyu 7:15-16
5
Wahyu 7:3-4
Malaikat itu berkata, “Janganlah rosakkan darat, laut atau pokok-pokok hingga kami telah mematerai dahi hamba-hamba Allah kita.” Lalu aku mendengar bahawa seratus empat puluh empat ribu daripada semua suku Israel dimateraikan.
Explore Wahyu 7:3-4