1
Markus 10:45
Alkitab Versi Borneo
AVB
Demikianlah Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayan tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang.”
Compare
Explore Markus 10:45
2
Markus 10:27
Sambil memandang mereka Yesus menjawab, “Bagi manusia hal itu mustahil, tetapi tidak bagi Allah; tidak ada satu pun yang mustahil bagi Allah.”
Explore Markus 10:27
3
Markus 10:52
Yesus menjawab, “Pergilah, imanmu telah menyembuhkanmu.” Serta-merta orang itu dapat melihat, lalu mengikut Yesus dalam perjalanan-Nya.
Explore Markus 10:52
4
Markus 10:9
Apa yang telah disatukan oleh Allah, janganlah manusia pisahkan.”
Explore Markus 10:9
5
Markus 10:21
Yesus memandangnya dengan penuh kasih lalu berkata, “Ada satu kekuranganmu. Pergilah, jual segala yang ada padamu dan sedekahkan kepada orang miskin, maka kamu akan mendapat harta di syurga. Sesudah itu datanglah dan ikut Aku.”
Explore Markus 10:21
6
Markus 10:51
Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.”
Explore Markus 10:51
7
Markus 10:43
Ini tidak harus berlaku dalam kalanganmu. Sesiapa yang ingin menjadi orang besar dalam kalanganmu mestilah melayan kamu.
Explore Markus 10:43
8
Markus 10:15
Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang tidak menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, tidak akan masuk ke dalamnya.”
Explore Markus 10:15
9
Markus 10:31
Tetapi ramai orang yang terdahulu akan menjadi terakhir, dan yang terakhir akan menjadi yang terdahulu.”
Explore Markus 10:31
10
Markus 10:6-8
Tetapi sejak alam dicipta, Allah ‘telah menjadikan lelaki dan perempuan.’ ‘Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu.’ Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu.
Explore Markus 10:6-8
Home
Bible
Plans
Videos