Lalu bagi pihak kamu, Aku akan mencela segala hama pemusnah, sehingga hama itu tidak memusnahkan hasil tanahmu. Pokok anggurmu di ladang tidak akan menggugurkan buah sebelum tiba masanya,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Segala bangsa akan menyebut kamu berbahagia, kerana kamu akan menjadi negeri kesukaan,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.