1
Imamat 26:12
Alkitab Versi Borneo
AVB
Aku akan hadir menyertai kamu dan menjadi Allahmu, kamu pun akan menjadi umat-Ku.
Compare
Explore Imamat 26:12
2
Imamat 26:4
maka Aku akan menurunkan hujan bagimu pada musimnya sehingga tanah memberikan hasil dan pohon-pohon di ladang mengeluarkan buah.
Explore Imamat 26:4
3
Imamat 26:3
Jika kamu hidup menurut segala ketetapan-Ku, mentaati segala perintah-Ku, dan mengamalkan kesemuanya
Explore Imamat 26:3
4
Imamat 26:6
Aku akan mengurniakan kedamaian di negerimu sehingga kamu akan berbaring tanpa berasa takut akan sesiapa pun. Aku akan menyingkirkan binatang buas dari negerimu dan ancaman pedang tidak akan melanda negerimu.
Explore Imamat 26:6
5
Imamat 26:9
Aku akan mempedulikan kamu dan membuat kamu beranak cucu serta bertambah ramai. Aku akan meneguhkan perjanjian-Ku dengan kamu.
Explore Imamat 26:9
6
Imamat 26:13
Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa kamu keluar dari Tanah Mesir, supaya kamu tidak lagi menjadi hamba mereka. Aku telah mematahkan palang kuk di tengkuk kamu dan membuat kamu berjalan dengan tegak.
Explore Imamat 26:13
7
Imamat 26:11
Aku akan menempatkan Khemah Suci-Ku di tengah-tengah kamu dan Aku tidak akan menolak kamu.
Explore Imamat 26:11
8
Imamat 26:1
“Jangan buat apa-apa berhala bagimu dan jangan juga kamu dirikan patung ukiran atau tiang berhala bagimu. Jangan tempatkan batu berukir di mana-mana pun di negerimu untuk kamu sujud menyembahnya kerana Akulah TUHAN, Allahmu.
Explore Imamat 26:1
9
Imamat 26:10
Kamu akan terus menikmati dan memakan sepuas-puasnya daripada hasil tuaian tahun sebelumnya, dan kamu akan mengeluarkan baki daripada hasil tuaian yang lama itu untuk menyimpan hasil tuaian yang baru.
Explore Imamat 26:10
10
Imamat 26:8
Lima orang daripada kamu akan mengejar seratus orang, dan seratus orang daripada kamu akan mengejar sepuluh ribu orang. Musuhmu akan tewas di hadapanmu oleh pedangmu.
Explore Imamat 26:8
11
Imamat 26:5
Musim mengirik tuaian bijirin akan berlanjutan sampai musim memetik buah anggur, dan musim memetik buah anggur akan berlanjutan sampai musim menyemai. Kamu akan memakan rezekimu sampai kenyang dan tinggal di negerimu dengan aman.
Explore Imamat 26:5
12
Imamat 26:7
Kamu akan mengejar musuhmu dan mereka akan tewas di hadapanmu oleh pedangmu.
Explore Imamat 26:7
13
Imamat 26:2
Peliharalah hari-hari Sabat-Ku dan hormatilah tempat suci-Ku. Akulah TUHAN.
Explore Imamat 26:2
Home
Bible
Plans
Videos