1
Yeremia 13:23
Alkitab Versi Borneo
AVB
Dapatkah orang Ethiopia mengubah kulitnya, atau harimau bintang mengubah bintiknya? Jika dapat, maka kamu pun yang biasa berbuat jahat akan dapat berbuat baik.
Compare
Explore Yeremia 13:23
2
Yeremia 13:16
Muliakanlah TUHAN, Allahmu, sebelum Dia mendatangkan kegelapan dan sebelum kakimu tersandung di atas pergunungan pada waktu senja. Kamu mengharapkan cahaya, tetapi Dia mengubahnya menjadi bayang-bayang maut. Dia menjadikannya kelam pekat.
Explore Yeremia 13:16
3
Yeremia 13:10
Bangsa yang durjana ini — yang enggan mendengar firman-Ku, yang menuruti kedegilan hati dan mengikuti tuhan-tuhan lain untuk beribadat serta sujud menyembah tuhan-tuhan itu — akan menjadi seperti ikat pinggang ini, yang tidak berguna untuk apa-apa pun.
Explore Yeremia 13:10
4
Yeremia 13:15
Dengarlah dan pasanglah telingamu! Jangan sombong, kerana TUHAN telah berfirman.
Explore Yeremia 13:15