1
Hakim-Hakim 16:20
Alkitab Versi Borneo
AVB
Lalu berserulah perempuan itu, “Orang Filistin menyerang kamu, Simson!” Maka dia terjaga daripada tidurnya lantas berkata, “Seperti yang sudah-sudah, aku akan bebas dan akan meronta lepas.” Tetapi tanpa diketahuinya TUHAN telah meninggalkannya.
Compare
Explore Hakim-Hakim 16:20
2
Hakim-Hakim 16:28
Berserulah Simson kepada TUHAN, katanya, “Ya Tuhan ALLAH, semoga Engkau ingat kepadaku dan buatlah aku kuat, sekali ini sahaja, ya Allah, supaya dengan satu pembalasan aku dapat menuntut dua belah mataku yang dibutakan oleh orang Filistin.”
Explore Hakim-Hakim 16:28
3
Hakim-Hakim 16:17
Maka dicurahkannya kepada Delila seluruh isi hatinya. Katanya, “Kepalaku tidak pernah kena pisau cukur, kerana sejak dalam kandungan ibuku, aku seorang penazar Allah. Jika kepalaku dicukur akan lenyaplah kekuatanku dan aku menjadi lemah dan menjadi seperti siapa-siapa sahaja.”
Explore Hakim-Hakim 16:17
4
Hakim-Hakim 16:16
Setelah berhari-hari perempuan itu merengek-rengek kepadanya dan terus mendesaknya, hati Simson tidak tertahan dan dukacita kerana tujahan bertalu-talu pujukan perempuan itu.
Explore Hakim-Hakim 16:16
5
Hakim-Hakim 16:30
Berkatalah Simson, “Biarlah aku mati bersama-sama orang Filistin ini.” Lalu dia membongkok dan memaut dengan sekuat-kuat tenaganya lalu robohlah rumah itu menimpa para pemimpin warga kota itu dan seluruh orang ramai yang ada di dalamnya. Maka yang mati dibunuhnya pada waktu kematiannya itu lebih ramai daripada yang dibunuhnya ketika dia masih hidup dahulu.
Explore Hakim-Hakim 16:30
Home
Bible
Plans
Videos