1
Yesaya 54:17
Alkitab Versi Borneo
AVB
Setiap senjata yang dibentuk untuk melawan engkau tidak akan berhasil, dan setiap lidah yang mendakwa engkau dalam pengadilan akan kaubuktikan salah. Inilah harta pusaka hamba-hamba TUHAN dan kebenaran yang diterima mereka daripada-Ku,” demikianlah firman TUHAN.
Compare
Explore Yesaya 54:17
2
Yesaya 54:10
Sekalipun gunung-ganang dipindahkan dan bukit-bukit bergoyang, kasih abadi-Ku tidak akan berpindah daripadamu dan perjanjian damai-Ku tidak akan bergoyang,” demikianlah firman TUHAN, yang mengasihani engkau.
Explore Yesaya 54:10
3
Yesaya 54:4
Jangan takut, kerana engkau tidak akan mendapat malu. Jangan berasa tercela, kerana engkau tidak akan dihina. Engkau akan melupakan aib semasa mudamu, dan cela kejandaanmu tidak akan kauingat lagi.
Explore Yesaya 54:4
4
Yesaya 54:5
Sesungguhnya, Dia yang menjadikan engkau seperti suami bagimu, TUHAN alam semesta ialah nama-Nya. Penebusmu ialah Yang Maha Suci, Allah Israel. Dia disebut Allah semesta bumi.
Explore Yesaya 54:5
5
Yesaya 54:2
“Luaskanlah tempat khemahmu dan biarlah dibentangkan kain-kain khemah penghunianmu, jangan ditahan-tahan. Panjangkanlah tali-talimu dan kukuhkanlah pancang-pancangmu
Explore Yesaya 54:2
6
Yesaya 54:13
Semua anakmu akan menjadi pengikut TUHAN, besarlah kesejahteraan anak-anakmu itu.
Explore Yesaya 54:13
7
Yesaya 54:8
Dalam luapan murka-Ku Aku menyembunyikan hadirat-Ku daripadamu seketika sahaja, tetapi dengan kasih yang kekal Aku mengasihani engkau,” demikianlah firman TUHAN, Penebusmu.
Explore Yesaya 54:8
8
Yesaya 54:7
“Seketika sahaja Aku meninggalkan engkau, tetapi dengan kasih sayang yang besar Aku akan mengumpulkan engkau.
Explore Yesaya 54:7
9
Yesaya 54:9
“Bagi-Ku hal ini seperti air bah pada zaman Nuh. Sebagaimana Aku bersumpah bahawa air bah pada zaman Nuh tidak akan melanda bumi lagi, demikianlah Aku bersumpah bahawa Aku tidak akan murka lagi kepadamu atau mengherdik engkau.
Explore Yesaya 54:9
10
Yesaya 54:12
Puncak-puncak menaramu akan Kubuat daripada batu delima, pintu-pintu gerbangmu daripada batu manikam, dan seluruh tembok perbatasanmu daripada batu permata.
Explore Yesaya 54:12
Home
Bible
Plans
Videos