Sesampainya mereka di Rumah TUHAN, iaitu di Yerusalem, beberapa orang ketua keluarga memberikan persembahan sukarela untuk membina Rumah Allah di tempatnya semula. Mereka menyumbangkan sekadar kemampuan mereka untuk perbendaharaan pekerjaan itu sebanyak 61,000 dirham emas, 5,000 mina perak, dan 100 helai tunik imam.