1
2 Raja-Raja 6:17
Alkitab Versi Borneo
AVB
Lalu Elisa berdoa, katanya, “Ya TUHAN, bukalah kiranya matanya supaya dia dapat melihat.” Maka TUHAN membuka mata pembantu itu sehingga dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa.
Compare
Explore 2 Raja-Raja 6:17
2
2 Raja-Raja 6:16
Jawabnya, “Jangan takut, kerana yang menyertai kita lebih ramai daripada yang menyertai mereka.”
Explore 2 Raja-Raja 6:16
3
2 Raja-Raja 6:15
Ketika pembantu hamba Allah bangun pagi-pagi dan pergi ke luar, dilihatnya suatu pasukan dengan kuda dan rata mengepung kota itu. Maka kata pembantu itu kepada tuannya, “Aduh, tuanku! Apakah yang harus kita lakukan?”
Explore 2 Raja-Raja 6:15
4
2 Raja-Raja 6:18
Ketika orang Aram itu turun ke arah Elisa, berdoalah Elisa kepada TUHAN, katanya, “Azablah kiranya bangsa itu dengan kebutaan.” Maka Allah mengazab mereka dengan kebutaan, selaras dengan permintaan Elisa.
Explore 2 Raja-Raja 6:18
5
2 Raja-Raja 6:6
Tanya hamba Allah, “Di manakah jatuhnya?” Orang itu menunjukkan tempatnya. Lalu Elisa mengerat sepotong kayu dan mencampakkannya ke sana. Maka terapunglah mata kapak itu.
Explore 2 Raja-Raja 6:6
6
2 Raja-Raja 6:5
Akan tetapi, pada waktu seseorang sedang menumbangkan sebuah gelegar, jatuhlah mata kapaknya ke dalam air. Dia pun berteriak, “Aduh, tuanku! Itu barang pinjaman!”
Explore 2 Raja-Raja 6:5
7
2 Raja-Raja 6:7
Katanya, “Angkatlah!” Orang itu pun menghulurkan tangannya dan mengambilnya.
Explore 2 Raja-Raja 6:7
Home
Bible
Plans
Videos