1
1 Yohanes 2:15-16
Alkitab Versi Borneo
AVB
Jangan kasihi dunia ini atau sesuatu di dalamnya. Jika seseorang mengasihi dunia ini, maka kasih terhadap Bapa tidak ada dalam dirinya. Segala yang ada di dunia ini — keinginan nafsu dan mata, serta segala keangkuhan hidup — bukanlah daripada Bapa tetapi daripada dunia.
Compare
Explore 1 Yohanes 2:15-16
2
1 Yohanes 2:17
Dunia dan segala hawa nafsu yang ada di dalamnya sedang lenyap, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah akan kekal selama-lamanya.
Explore 1 Yohanes 2:17
3
1 Yohanes 2:6
Sesiapa berkata bahawa dia tetap di dalam Allah, hendaklah dia menurut jejak langkah Kristus.
Explore 1 Yohanes 2:6
4
1 Yohanes 2:1
Anak-anakku, aku menuliskan hal-hal ini kepadamu supaya kamu tidak berbuat dosa. Akan tetapi, jika sesiapa berbuat dosa, kita mempunyai seorang Pembela ke hadirat Bapa, iaitu Yesus Kristus Yang Benar itu.
Explore 1 Yohanes 2:1
5
1 Yohanes 2:4
Sekiranya seseorang berkata, “Aku mengenal Allah,” tetapi tidak taat akan perintah-Nya, maka dia seorang pendusta dan kebenaran tidak ada dalam dirinya.
Explore 1 Yohanes 2:4
6
1 Yohanes 2:3
Jika kita taat akan perintah Allah, benarlah kita mengenal-Nya.
Explore 1 Yohanes 2:3
7
1 Yohanes 2:9
Sesiapa yang berkata bahawa dia hidup dalam cahaya tetapi dia benci akan saudaranya, maka dia tetap berada dalam kegelapan hingga sekarang.
Explore 1 Yohanes 2:9
8
1 Yohanes 2:22
Sesiapa yang mengatakan bahawa Yesus bukan Kristus, dialah pendusta. Orang itu tidak mengakui Bapa dan Anak-Nya, dan dialah dajal, penentang Kristus.
Explore 1 Yohanes 2:22
9
1 Yohanes 2:23
Sesiapa yang tidak mengakui Anak, maka dia juga tidak mengakui Bapa. Sesiapa yang menerima Anak, maka dia juga menerima Bapa.
Explore 1 Yohanes 2:23