Info Pelan

Perbualan Dengan AllahSampel

Conversations With God

HARI 7 DARIPADA 14

Sebagai seorang ibu yang menjalankan persekolahan di rumah, saya menghabiskan sebahagian daripada musim panas saya untuk menetapkan matlamat dan memesan kurikulum. Musim panas pada tahun 1999 tidak berbeza, kecuali saya betul-betul terfokus kerana saya akan melahirkan anak ketujuh pada bulan Oktober. Saya perlu berfikir teliti tentang segala sesuatu sebelum saya tidak mempunyai masa untuk berfikir. 



Selepas perancangan yang rapi, tinggal satu lagi keputusan yang berat. Samuel, yang baru mencapai umur empat tahun, terkial-kial dengan pertuturan. Saya rasa terapi pertuturan akan membantu. Namun, dalam jadual persekolahan, sesuatu yang tidak berbahaya seperti menjawab panggilan telefon boleh memusnahkan segala sesuatu, janji temu tengah hari berpotensi membuat keluarga bagai hendak gila. Sebaliknya, bagaimana kalau tahun ini adalah jendela pemerolehan bahasa terbaik Samuel, dan saya terlalu malas untuk membawanya ke kelas itu? 



Saya ingat dengan jelas petang Sabtu itu, saya keluar berjalan sambil bercakap dengan Tuhan. Saya berkata kepada-Nya: "Inilah yang mesti saya ketahui: Haruskah Samuel jalani terapi pertuturan pada tahun ini, ataupun bolehkah saya tunggu sehingga ia berumur lima tahun?" Mudah dan khusus. Kesunyian menyusul, tetapi saya tidak berasa kecewa. Tuhan pasti akan menyatakannya kepada saya. Saya tahu kerana Dia sentiasa berbuat demikian. Jadi, saya menunggu dengan penuh harapan.



Keesokan harinya ialah hari Ahad, dan keluarga kami pergi ke gereja seperti biasa. Apabila tiba masanya untuk khutbah, pastor kami Jessica Moffatt mengejutkan kami dengan berjalan ke tengah-tengah laluan tengah gereja berpakaian lengkap sebagai Suzanna Wesley (ibu John Wesley, pengasas denominasi Methodist). Dalam monolog yang menyusul, ia menggambarkan kehidupan seorang ibu dengan 19 orang anak dalam bahasa Inggeris dengan pelat British menggunakan kata ganti nama diri pertama! Ia menggambarkan kebergantungannya pada Allah berkali-kali, dan kemudian menyentuh tentang kerisauannya terhadap anak lelakinya Samuel. Saya duduk tegak. "Susanna" menjelaskan bahawa Samuel Wesley berumur lima tahun dan tidak pernah mengucapkan sepatah perkataan pun. Tiba-tiba, ia mula bercakap pada suatu hari menggunakan ayat yang lengkap.



Mendengar dari kerusi panjang gereja di baris ketiga sebelah kiri, saya mendengar suara Tuhan. "Samuel tidak perlu bertutur sehingga berumur lima tahun. Tunggulah sehingga tahun depan untuk terapi pertuturan." Kedamaian dan keyakinan mengiringi rancangan saya untuk musim luruh. Samuel menjalani terapi pertuturan pada tahun seterusnya, dan penyebutannya bertambah baik secara dramatik. 



Tuhan mahu kita mengajukan soalan khusus kepada-Nya dan dipimpin oleh kehendak-Nya. Dia betul-betul mengambil berat tentang perincian. 


Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Conversations With God

Perbualan dengan Allah merupakan keasyikan menggembirakan dengan kehidupan doa yang lebih mendalam, menekankan cara praktikal untuk mendengar suara Allah. Allah mahu kita menikmati perbualan yang berterusan dengan-Nya se...

More

Kami berterima kasih kepada Susan Ekhoff kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.amazon.com/Prayer-That-Must-Power-Conversational/dp/1496185560/ref=sr_1_1?ie=UTF8&qid=1498693709&sr=8-1&keywords=prayer+that+must%2C+the+power+of+conversational+prayer

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami