Info Pelan

Perbualan Dengan AllahSampel

Conversations With God

HARI 12 DARIPADA 14

Alkitab mencatatkan banyak contoh perspektif dan arahan Tuhan melalui mimpi. Pertimbangkan Yakub, Yusuf (anak Yakub), dan Yusuf (bapa duniawi Yesus). Mereka ini hanyalah beberapa contoh sahaja.



Rasa hormat terhadap duluan alkitabiah telah memberikan saya keberanian untuk meminta Allah untuk berbicara kepada saya melalui mimpi. Ia tidak berlaku secara kerap, tetapi Tuhan memang pernah berbicara kepada saya melalui cara yang berkuasa ini. 



Saya bermimpi pada awal suatu pagi, satu mimpi yang masih dihargai. Dalam mimpi itu, saya melihat garaj yang suram. Kemudian, seorang kawan menapak dengan susah payah ke sebuah kereta yang terletak di sana, membuka pintu belakang, dan mengangkat anaknya yang cerewet ke tempat duduk keretanya. Anak perempuan kecil itu marah dan menendang-nendang. Dengan sabar, lembut, sementara memegang kuat-kuat, kawan saya mengancingkan tali kerusi keselamatan kanak-kanak di tengah-tengah tentangan kuat itu. Setelah selesai, ia masuk ke tempat duduk pemandu keletihan dan lemah semangat. 



Semasa saya memerhatikan keadaan itu, saya rasa tertarik oleh ketabahan lembutnya, yang saya kagumi, dan juga, oleh kekecewaan tidak keruannya, yang menimbulkan empati saya. Sebagai seorang ibu yang lebih tua, saya menyedari kebenarannya—ini cumalah satu musim pengasuhan yang pendek. Ganjaran pelaburannya akan menghasilkan buah dalam kehidupan anak perempuannya, tetapi ia tidak harus berputus asa.



Saya begitu mengambil berat bahawa ia tidak mengetahui apa yang saya dapat lihat dengan jelas, sehinggakan dalam mimpi itu saya mula memanggil kawan saya, "Jangan putus asa! Bertabahlah!" 



Kawan saya mula meraba-raba untuk telefon bimbitnya seolah-olah terdengar sesuatu yang tidak jelas dan tidak pasti dari mana. Ia tidak mendapat tahu siapa yang telah bercakap atau apa yang telah dikatakan itu. Ia memandu meninggalkan tempat itu tanpa perspektif kebijaksanaan. 



Setelah bangun, saya menuliskan naratif mimpi itu dan tanggapannya. Sepanjang pagi itu, saya terus merenungkannya dalam doa tentang maksud yang mungkin. 



Beberapa jam kemudian, Tuhan berkongsi pentafsirannya—saya terkejut. Kawan saya mewakili saya dalam mimpi itu, dan Tuhanlah yang menjeritkan kata-kata dorongan. Mimpi itu datang kepada saya semasa saya berjerih-jerih mengasuh anak saya. Dia mahu saya sedar bahawa Dia amat mengambil berat terhadap saya, dan bahawa keluarga saya pasti akan beralih kepada musim kehidupan yang lain. Wawasan yang diperoleh daripada ajaran ini tidak pernah dilupai kerana setakat tertentu, saya berjaya menghadapinya dalam mimpi itu. 


Hari 11Hari 13

Perihal Pelan

Conversations With God

Perbualan dengan Allah merupakan keasyikan menggembirakan dengan kehidupan doa yang lebih mendalam, menekankan cara praktikal untuk mendengar suara Allah. Allah mahu kita menikmati perbualan yang berterusan dengan-Nya se...

More

Kami berterima kasih kepada Susan Ekhoff kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.amazon.com/Prayer-That-Must-Power-Conversational/dp/1496185560/ref=sr_1_1?ie=UTF8&qid=1498693709&sr=8-1&keywords=prayer+that+must%2C+the+power+of+conversational+prayer

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami