Info Pelan

Menghapuskan Batu Kripton Bersama John BevereSampel

Killing Kryptonite With John Bevere

HARI 7 DARIPADA 7


Panggilan pertaubatan yang diperlukan dalam dan daripada gereja hari ini sebenarnya panggilan untuk apa yang paling kita perlukan: kasih sejati. Kekurangan kasih sejati dalam gereja memenuhi kebaktian, pelayanan, dan rumah kita dengan dua ekstrem—toleransi dan legalisme.


Penipuan toleransi adalah ia kelihatan seperti kasih. Kita menggunakan Alkitab untuk mendefinisikan kasih sebagai sabar, baik hati, tidak sombong, tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, dengan ciri lain yang terkandung dalam 1 Korintus 13. Akan tetapi, kasih duniawi juga boleh mempunyai banyak ciri tersebut. 


Perkara yang membezakan kasih Kristian dan kasih duniawi adalah kasih Kristian mentaati perintah Allah. "Inilah caranya kita tahu," ditulis rasul kasih, "bahawa kita mengasihi anak-anak Allah: Kita mengasihi Allah dan kita mentaati perintah-Nya" (1 Yohanes 5:2).


Ini bermaksud, jika saya bersifat sabar, tidak berkeras, tidak iri hati, dan tidak bercakap besar, tetapi berlaku curang terhadap isteri saya atau jika saya membiarkan perbuatan cabul berlaku, saya tidak berjalan dalam kasih Allah. 


Kasih sejati ditandakan dengan kebenaran dan kasih. Kebenaran tanpa kasih membawa kepada hukum yang tertulis, yang membawa kematian—legalisme. Malangnya, kita bertindak terhadap legalisme dengan mengayunkan bandul ke ekstrem yang bertentangan, mengelakkan pembetulan dan amaran alkitabiah, yang penting terhadap kesihatan dan pembinaan jemaat. 


Marilah berterus terang—kita melihat panggilan lelaki dan perempuan untuk bertaubat sebagai kekurangan belas kasihan, kelembutan, kebaikan, dan kasih sayang. Namun, pertimbangkan ini: Jika saya melihat seorang lelaki buta yang berjalan ke arah cenuram yang akan menyebabkannya jatuh lalu mati, kasih mendesak supaya saya memanggilnya untuk berubah haluan!


Dalam masyarakat kita, dan di banyak gereja, kasih sejati tersebut yang menuntut pertaubatan dianggap taksub dan terkutuk. Benteng ini timbul kerana banyak orang hanya berfikir tentang kehidupan mereka di dunia ini, dan bukan tentang keabadian. 


Apabila kita ingat bahawa kehidupan ini adalah kurang daripada sekelip mata sahaja berbanding dengan keabadian, kita hidup dengan berbeza. Kita mesti melihat kehidupan dalam konteks keabadian untuk memahami kasih sejati. 


Inilah kasih yang diperlukan gereja sekarang ini—kasih abadi, kasih sejati—kasih yang akan menghadapi dosa dan menuntut pertaubatan, tetapi juga kasih yang sabar, baik hati, dan tidak berkasar.


Adakah anda seronok membaca pelan bacaan ini? Saya menggalakkan anda untuk mengkaji dengan lebih lanjut lagi dengan membaca buku saya Killing Kryptonite.  


Hari 6

Perihal Pelan

Killing Kryptonite With John Bevere

Seperti Superman, yang boleh mengalahkan setiap musuh, anda sebagai orang Kristian juga memiliki keupayaan luar biasa untuk menguasai cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masalahnya untuk Superman dan anda adalah t...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere (Messenger Int'l) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://killingkryptonite.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami