Info Pelan

Menghapuskan Batu Kripton Bersama John BevereSampel

Killing Kryptonite With John Bevere

HARI 6 DARIPADA 7

Terdapat tiga senario yang berbeza berkaitan dengan orang percaya dan dosa.


Pertama, terdapat orang yang mengaku ialah orang percaya yang tidak mengendahkan dosa kerana hati yang keras. Kedua, terdapat orang yang mengaku ialah orang percaya yang mempercayai bohong bahawa kita semua merupakan orang berdosa secara semula jadi, bahawa darah Yesus hanya cukup berkuasa untuk membebaskan kita daripada hukuman dosa, tetapi tidak daripada ikatan dosa. Kedua-dua kumpulan ini, suka berdosa, bagaikan batu kripton dalam tubuh Kristus, membawa kelemahan kepada seluruh tubuh kerana keingkaran mereka yang disengajakan terhadap Kristus. 


Akan tetapi, terdapat kumpulan yang ketiga—orang percaya yang bergumul untuk membebaskan diri daripada dosa. Inilah kumpulan yang dijadikan tumpuan saya hari ini. 


Perkara pertama yang saya mahu katakan adalah, Yesus tidak akan berhenti mengampunkan anda. Dia melihat penderitaan yang dibawa oleh dosa anda setiap kali anda jatuh. Dia tahu bahawa anda betul-betul inginkan kebebasan. Melalui kasih karunia-Nya, kata-kata hari ini dapat membantu anda. 


Saya tergolong dalam satu kumpulan selama beberapa tahun kerana ketagihan pornografi. Saya ketagih beberapa tahun sebelum mengenali Kristus dan ia berterusan walaupun selepas saya berkahwin dan bekerja dalam pelayanan gereja. Saya pernah didoakan oleh seorang pastor yang paling dihormati di Amerika dan dia berdoa agar saya dibebaskan daripada ketagihan saya. Tiada apa-apa yang berkesan. 


Kebebasan saya tidak tercapai sehinggalah saya mengubah keutamaan saya. Pada mulanya, saya inginkan Allah untuk membebaskan saya kerana saya berasa bimbang bahawa dosa saya akan menghalang pelayanan saya. Kemudian, hati saya berubah, dan saya mula menumpukan perhatian pada cara keputusan saya mempengaruhi keintiman saya dengan Yesus. Saya mula mengambil berat tentang cara dosa saya mempengaruhi Allah. 


Dalam 2 Korintus 7:10, Paulus membuat perbezaan antara dua jenis kesedihan—kesedihan yang sejalan dengan kehendak Allah yang mendatangkan keselamatan, dan kesedihan yang sejalan dengan kehendak duniawi yang mendatangkan kematian. Cerita saya menggambarkan kedua-dua kesedihan ini. Pada mulanya, kesedihan saya bersifat duniawi, kebimbangan tentang apa yang akan berlaku kepada saya. Namun, kemudiannya kesedihan saya berubah menurut kehendak Allah, mengambil berat tentang cara dosa saya akan menyakiti Allah dan orang lain. 


Sahabat, kuasa Allah sedia ada untuk membebaskan anda daripada dosa dan memberikan anda kehidupan yang luar biasa. Kejarlah pertaubatan menurut kehendak Allah, menerima pengampunan Allah, dan menjalankan kehidupan baru anda dengan berani dalam Kristus.


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Killing Kryptonite With John Bevere

Seperti Superman, yang boleh mengalahkan setiap musuh, anda sebagai orang Kristian juga memiliki keupayaan luar biasa untuk menguasai cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masalahnya untuk Superman dan anda adalah t...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere (Messenger Int'l) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://killingkryptonite.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami