Info Pelan

Menghapuskan Batu Kripton Bersama John BevereSampel

Killing Kryptonite With John Bevere

HARI 4 DARIPADA 7


Hari ini, saya akan menunjukkan kepada anda penipuan yang paling tersembunyi dan berbahaya yang memimpin orang Kristian kepada penyembahan berhala—pada sekarang ini juga. 


Demi melakukan itu, saya mahu anda berfikir tentang kisah anak lembu emas di Gunung Sinai. Jika anda masih ingat, Allah baru sahaja menyelamatkan Israel dari Mesir melalui pelbagai mukjizat luar biasa dan telah memimpin mereka melalui padang gurun ke Gunung Sinai. Dia memerintah mereka, tetapi mereka berundur dan berkeras hendakkan Musa berbicara dengan Allah bersendirian di atas gunung. 


Sementara Musa pergi, mereka hilang sabar. Mereka berjumpa dengan saudara Musa, Harun, dan mendesaknya untuk membuat allah untuk memimpin mereka ke Tanah Perjanjian. Di sini, perkataan yang mereka gunakan untuk "allah" ialah Elohim, yang digunakan dalam Perjanjian Lama untuk merujuk kepada allah pagan dan juga Allah yang benar, jadi kita tidak tahu siapa yang dimaksudkan mereka pada masa ini. 


Harun mengalah pada desakan mereka, membuat patung anak lembu daripada emas, dan mereka berkata, "Hai Israel, inilah Allahmu, yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir!" (Keluaran 32:4, TL) Kita masih tidak tahu Allah mana yang dimaksudkan, tetapi Harun menjelaskannya sekarang juga. 


Harun berkata, "Besok hari raya bagi TUHAN!" (Keluaran 32:5) Apabila ia mengatakan "TUHAN," nama yang tertulis ialah, "Yahweh," nama Allah. Maka, kita mengetahui siapa yang dirujuk oleh mereka. 


Inilah yang sedang berlaku: Mereka menyatakan, "Yahweh ialah Allah kami. Yahweh telah menyelamatkan kami dari Mesir. Yahweh ialah Tuhan kami," tetapi mereka menyembah berhala. Kita mesti melihat peringatan ini, kerana jika mereka membuat semua penyataan yang betul tetapi masih menyembah berhala, kita mungkin berbuat demikian juga. 


Sebenarnya, banyak orang Kristian melakukan ini setiap hari. Mereka menyatakan, "Yesus ialah Tuhan," tetapi mereka tidak mengikuti Yesus. Sebagaimana Israel menyatakan bahawa mereka menyembah Yahweh, tetapi mengikuti keinginan mereka dan bukannya mengikut kehendak Allah yang telah dinyatakan, banyak orang Kristian memilih petikan Alkitab yang ingin diikuti, dan tidak mempedulikan petikan lain yang mencabar mereka! 


Ini mencipta satu Yesus tiruan—berhala. Ini tidak menyembah Yesus dalam kebenaran. 


Soalan yang kita mesti tanya adalah, bagaimanakah kita boleh mengetahui bahawa kita menyembah Yesus yang benar, bukannya Yesus tiruan? 


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Killing Kryptonite With John Bevere

Seperti Superman, yang boleh mengalahkan setiap musuh, anda sebagai orang Kristian juga memiliki keupayaan luar biasa untuk menguasai cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masalahnya untuk Superman dan anda adalah t...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere (Messenger Int'l) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://killingkryptonite.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami