Info Pelan

Kehidupan Terubah: Pada Hari KrismasSampel

Living Changed: At Christmas

HARI 5 DARIPADA 5

Kedamaian

Semasa anda berfikir tentang musim Krismas, apakah perasaan anda? Barangkali anda rasa berdebar-debar, dipenuhi harapan dan sukacita. Ataupun mungkin, seperti banyak orang yang lain anda rasa letih, terharu, dan tertekan. Sementara memang biasa untuk rasa bimbang pada waktu ini, Allah mahu kita memiliki kedamaian.


Sebelum kematian dan kebangkitan-Nya, Yesus menjanjikan kedamaian. Masalahnya ialah banyak antara kita tidak mengetahui cara mencapai kedamaian itu setiap hari. Kita sedar bahawa kita seharusnya menyerahkan kebimbangan kita kepada Allah, tetapi sering kali itu lebih mudah dikatakan daripada dilakukan–terutamanya kebimbangan terbesar kita. Entah sebab apa, semakin beratnya beban kita, semakin kuat kita cuba memikulnya sendiri. Mujurlah, dalam surat Paulus kepada orang Filipi, ia memberikan kita panduan tentang cara menyerahkan beban kita kepada Allah:


Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.


Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat. Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu.


Ini menyatakan bahawa cara menukarkan kebimbangan dengan kedamaian ialah melalui doa. Terutamanya, dengan doa rayuan dan kesyukuran. Maksudnya, semasa kita mendekati Allah, kita harus meminta apa yang kita perlukan dengan rendah hati sementara mengucapkan syukur kepada-Nya atas apa yang sudah diberikan oleh-Nya. Namun, kita tidak berhenti di sini. Semasa kita menghapuskan fikiran yang membimbangkan, kita memenuhi semula fikiran kita dengan fikiran Allah. Apabila kita berdoa seperti ini, kita mungkin tidak menerima jawapan tepat yang dicari-cari, tetapi kita boleh mempercayai bahawa Allah akan setia untuk memberikan kita kedamaian.


Walau apa pun yang anda sedang lalui, petikan ini dimaksudkan untuk anda. Petikan ini menyatakan janganlah khuatir akan apa pun. Apa pun. Segala-galanya yang sedang anda hadapi sekarang ini terangkum dalam itu. Jika perkahwinan anda renggang, janganlah khuatir akan apa pun. Jika anda tidak mampu membeli hadiah pada tahun ini, janganlah khuatir akan apa pun. Jika anda menantikan keputusan ujian, janganlah khuatir akan apa pun. Tekanan, ketegangan, dan luka musim cuti–termasuk dalam ini.


Allah mahu menghilangkan setiap kebimbangan anda dan memberikan anda kedamaian. Bukan suatu hari kelak, tetapi sekarang ini. Bercakaplah dengan Dia. Jika anda tidak tahu bagaimana bermula, mulalah dengan kesyukuran terhadap Allah kerana hadiah Yesus dan keselamatan anda. Bersyukur kerana Dia sentiasa ada di sisi anda dan mengasihi anda walau apa pun yang berlaku. Bersyukur kepada Dia atas peruntukan-Nya, perlindungan-Nya, dan setiap perkara baik dalam hidup anda. Apabila anda memuji Allah, itu berkuasa untuk mengubah perspektif anda. Demikianlah anda mencapai kedamaian di tengah-tengah pergelutan anda.


Pada hari Krismas ini, pilihlah untuk menerapkan perspektif abadi. Ingatlah nubuatan yang digenapi oleh kelahiran Yesus dan biarlah kesetiaan Allah untuk memenuhi anda dengan harapan. Kenakan perlengkapan senjata daripada Allah setiap hari dan membenarkan kekuatan-Nya melindungi anda daripada serangan musuh. Pandanglah melewati keadaan sementara anda dan menemui sukacita yang kekal dalam kesedaran bahawa keabadian anda terjamin. Serahkan semua kebimbangan anda kepada Allah dan mempercayai-Nya untuk melindungi hati anda dan fikiran anda dengan kedamaian. Kita boleh hidup dengan berbeza pada musim cuti ini jika kita tetap menumpukan perhatian pada siapa Allah itu, janji yang ditepati-Nya, dan masa depan yang akan datang.


Kami berdoa agar Allah menggunakan pelan ini untuk melayani hati anda.
Terokai Pelan Alkitab Living Changed yang lain
Ketahui Lebih Lanjut Tentang Changed Women's Ministries


Hari 4

Perihal Pelan

Living Changed: At Christmas

Di tengah-tengah kesibukan musim cuti, memanglah mudah untuk terlupa akan sebab kita meraikan sesuatu itu. Dalam pelan adven 5 hari ini, kita akan menyelami janji yang digenapi oleh kelahiran Yesus dan harapan yang kita ...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami