Info Pelan

Kehidupan Terubah: Pada Hari KrismasSampel

Living Changed: At Christmas

HARI 1 DARIPADA 5

Jangkaan

Musim cuti dipenuhi dengan kekaguman dan sukacita. Terdapat banyak perkara yang dijangkakan dengan paparan lampu Krismas, pertukaran hadiah, perhimpunan keluarga yang besar, dan hidangan istimewa yang hanya disediakan pada musim ini. Jangkaan dan keterujaan dapat dirasakan semasa kita bersiap sedia untuk meraikan kelahiran Yesus.


Jangkaan yang serupa dirasakan dalam kalangan orang Yahudi semasa Yesus dilahirkan. Mereka menantikan kedatangan Mesias. Dia yang akan datang dan menyelamatkan mereka. Selama beberapa abad, Allah telah memberitahu mereka tentang rancangan-Nya untuk menyelamatkan mereka, dan itu akan bermula dengan kelahiran daripada anak dara.


Kira-kira 700 tahun sebelum Yesus dilahirkan, Allah berbicara melalui nabi Yesaya, "Baiklah, Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepada tuanku: seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya ‘Imanuel.’"


Tidak lama sebelum kelahiran Yesus, kata-kata nabi itu muncul semula. Malaikat berbicara kepada Yusuf, bapa duniawi Yesus, dalam mimpi:


"Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka."


Semua itu berlaku supaya terjadilah apa yang difirmankan oleh Tuhan melalui nabi-Nya, “Seorang anak dara akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel.” (Dalam bahasa Ibrani, Imanuel bererti, “Allah menyertai kita”).


Ini cumalah satu contoh daripada banyak nubuatan yang digenapi oleh kelahiran Yesus. Kemudian, sepanjang pelayanan-Nya, Yesus memberikan banyak lagi janji kepada umat-Nya. Dia berkata bahawa Dia akan bangkit daripada kematian dan mengatasi dosa. Dia berkata bahawa Dia akan mengutus Roh Kudus sebagai pembantu untuk memimpin mereka. Dia berkata bahawa Dia akan pergi untuk menyediakan tempat untuk mereka dan bahawa Dia akan kembali lagi kelak. Disebabkan Allah menepati janji-Nya untuk mengutus Penyelamat, umat-Nya juga mempercayai janji-janji ini.


Tiada satu pun janji itu yang telah luput. Setiap janji itu masih sah bagi kita sekarang ini! Demikianlah kita boleh memandang kelahiran Yesus dan mengetahui harapan yang digenapi dan harapan yang bakal datang. Sebagaimana orang Yahudi menantikan kedatangan Penyelamat, kita menantikan kepulangan yang dijanjikan-Nya.


Semasa anda menjalani musim cuti ini, percayalah bahawa janji Allah itu boleh dipercayai dan benar. Bukan untuk orang lain sahaja, tetapi khusus untuk anda. Semasa anda bergelut, pilihlah untuk menumpukan perhatian pada siapa Dia itu dan segala-galanya yang telah dilakukan oleh Dia untuk anda. Dengan perspektif abadi, memanglah mungkin untuk melalui musim cuti dengan harapan dalam situasi yang tidak ada harapan lagi, berkeyakinan semasa tempoh yang menguji kesabaran, sukacita meskipun keadaan kita, dan kedamaian di tengah-tengah kekucar-kaciran.


Hari 2

Perihal Pelan

Living Changed: At Christmas

Di tengah-tengah kesibukan musim cuti, memanglah mudah untuk terlupa akan sebab kita meraikan sesuatu itu. Dalam pelan adven 5 hari ini, kita akan menyelami janji yang digenapi oleh kelahiran Yesus dan harapan yang kita ...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami