Info Pelan

Kehidupan Terubah: Pada Hari KrismasSampel

Living Changed: At Christmas

HARI 3 DARIPADA 5

Iman

Memanglah mudah untuk leka dengan kesibukan musim Krismas dan lupa akan sebab kita meraikannya. Meskipun kita ingin menjadi cahaya bagi orang di sekeliling kita, kadang kala memanglah sukar untuk mengendalikan tekanan yang membebani kita pada musim ini. Daripada terus memikul kerisauan, kemarahan, dan kesalahan, iman kita dalam Yesus boleh membantu kita untuk hidup dengan berbeza pada musim cuti ini.


Dalam suratnya kepada orang Efesus, Rasul Paulus memberikan kita wawasan tentang cara iman kita boleh membentuk perspektif kita semasa ia menggalakkan kita untuk mengenakan perlengkapan senjata daripada Allah setiap hari. Ia menyenaraikan setiap senjata itu: tali pinggang kebenaran, perisai dada ketulusan, kasut persediaan menyebarkan Injil perdamaian, perisai iman, ketopong penyelamatan, dan pedang Roh, iaitu Firman Allah. Setiap perlengkapan senjata itu dimaksudkan untuk mengingatkan kita tentang kuasa dan perlindungan yang kita miliki dalam Kristus.


Yang peliknya, satu senjata yang diberikan konteks tambahan oleh Paulus ialah perisai iman. Ia berkata bahawa perisai ini berkuasa "memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat." Berhenti sejenak untuk membayangkan senario itu. Anak panah berapi yang menghujani anda dan dengan perisai anda, semua anak panah itu menjadi tidak berbahaya. Iman kita ialah senjata yang berkuasa untuk menentang rancangan jahat musuh kita!


Ada kalanya, kita mungkin keliru tentang siapa itu musuh kita. Kita mungkin menuduh pembeli-belah musim cuti yang biadap terhadap kita, bos yang memecat kita dekat-dekat hari Krismas, ataupun ahli keluarga yang selalu mengkritik kita. Walau bagaimanapun, orang di sekeliling kita bukanlah musuh kita. Musuh sebenar kita ialah iblis yang merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari peluang untuk mencuri sukacita kita, membunuh harapan kita, dan menghapuskan kedamaian kita. Sesungguhnya kebenaran yang menakutkan yang harus dipandang serius, tetapi kita tidak perlu takut. Allah kita adalah lebih kuat daripada apa-apa yang menyerang kita.


Sementara perlengkapan senjata ini ialah hadiah daripada Allah yang bertujuan melindungi kita, kita masih perlu tekun mengenakannya. Ia bolehlah semudah doa harian seperti ini:


"Allah, saya mengakui bahawa saya terlibat dalam pertempuran rohani dan saya mempercayai-Mu untuk perlindungan. Saya mengenakan tali pinggang kebenaran; tolonglah saya untuk mendengar dan mengucapkan kebenaran sahaja. Saya mengenakan perisai dada ketulusan; lindungi hati saya dan tolonglah saya agar terbuka terhadap pimpinan-Mu. Saya memakai kasut persediaan menyebarkan Injil perdamaian; tolonglah saya untuk memberitahu orang lain tentang Engkau dan membawa kedamaian ke mana jua yang saya pergi. Saya mengenakan perisai iman; tolonglah saya untuk menempatkan kepercayaan saya dalam-Mu dan lindungi saya daripada serangan musuh. Saya mengenakan ketopong penyelamatan; lindungi fikiran saya dan tolonglah saya untuk memikirkan perkara yang baik sahaja. Saya memegang pedang Roh; tolonglah saya untuk mengingati ayat Alkitab dan menggunakannya untuk mempertahankan diri dan orang lain. Amin!"


Pada hari Krismas ini, marilah kita sentiasa berjaga-jaga untuk mengelakkan serangan musuh. Ingatlah bahawa anda tidak berlawan dengan orang di sekeliling anda. Tetap berpusatkan kebenaran bahawa anda sangat dikasihi oleh Allah supaya anda boleh mengalihkan sebarang serangan terhadap anda. Cubalah sedaya upaya untuk mengasihi orang di sekeliling anda, terutamanya orang yang biadap, kerana anda tidak tahu penderitaan tersembunyi yang sedang dihadapi oleh mereka. Mengenakan perlengkapan senjata daripada Allah setiap hari akan membantu anda dalam setiap perkara tersebut.


Sebelum anda pergi membeli-belah, kenakan perlengkapan senjata. Sebelum anda memulakan perbualan yang sukar, kenakan perlengkapan senjata. Sebelum anda menyertai pertemuan keluarga anda, kenakan perlengkapan senjata. Sebelum anda rasa hampa, sebelum anda hilang sabar, dan sebelum anda membalas kerana marah, kenakan perlengkapan senjata. Kita boleh memiliki keyakinan sepenuhnya dalam perlengkapan senjata-Nya dan dalam kuasa iman kita. Apabila kita setia memandang Allah untuk kekuatan, Dia akan setia melindungi kita.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Living Changed: At Christmas

Di tengah-tengah kesibukan musim cuti, memanglah mudah untuk terlupa akan sebab kita meraikan sesuatu itu. Dalam pelan adven 5 hari ini, kita akan menyelami janji yang digenapi oleh kelahiran Yesus dan harapan yang kita ...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami