Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 13 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Daud meminta Allah untuk mendengar doanya, melihat hal yang benar, dan menyelamatkannya.

Apakah maksudnya?

Daud berkemungkinan melarikan diri daripada Saul lagi semasa ia menuliskan doa ini. Ia menggunakan gambaran tubuh manusia untuk menggambarkan tindakan musuh, responsnya, dan permohonannya kepada Tuhan. Tiada teman Daud akan fikir panjang kalau ia memfitnah Saul atau cuba membalas dendam, tetapi Daud mengekalkan integritinya kerana ia bertekad untuk mematuhi Firman Allah. Walaupun rupa dan perawakan peribadi Allah merupakan suatu misteri kepada Daud, seperti kepada orang lain, ia yakin bahawa Tuhan boleh mendengar doanya, melihat hal yang benar, mengucapkan kebenaran, dan menyelamatkannya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Sejak kecil, kita diberitahu berulang kali bahawa kejahatan yang dibalas dengan kejahatan tidak akan menyelesaikan masalah, dan kebanyakan orang akan bersetuju. Walau bagaimanapun, apabila seseorang menyinggung perasaan kita, kita akan merasakan kepuasan sementara jika kita membalas dendam. Kita bersalah kerana mengambil tindakan sendiri dan tidak mempercayai tangan Tuhan. Kita menggunakan bibir kita untuk memusnahkan mereka bukannya mematuhi perintah Allah. Siapakah yang telah menyakiti anda dengan teruk? Lihat semula doa Daud dan mendoakannya berkenaan situasi tersebut. Memanglah mungkin untuk menghadapi luka dengan berintegriti semasa anda menantikan pewajaran Allah.

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org