Info Pelan

Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 1 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?


Allah memberkati dan menjaga orang yang benar. Raja yang diurapi Tuhan akan memerintah dan mengadili dunia ini. Pemerintah yang bijak diberkati dan dilindungi semasa mereka melayani dan memuliakan Dia.


Apakah maksudnya?


Mazmur 1 menunjukkan perbezaan yang jelas antara orang yang benar dan jahat. Kedua-duanya didefinisikan berasaskan cara mereka menghabiskan masa dan hasil pengejaran hidup mereka. Orang yang salih menemui tujuan hidup dengan membaca dan merenungi Kitab Suci bukannya mendengar sumber nasihat yang tidak salih. Sementara Tuhan memimpin orang yang dimiliki-Nya, orang yang menolak Tuhan memilih untuk hidup di luar perlindungan-Nya. Mazmur 2 menyatakan kemurkaan Anak yang akan datang ke atas orang yang terus menolak-Nya. Orang yang bijak bernaung kepada Anak dan melayani Dia bukannya berkomplot menentang Dia.


Bagaimana saya harus memberikan respons?


Bagaimana anda menghabiskan masa anda mendefinisikan anda. Adakah pengejaran semasa anda disifatkan sebagai salih? Fikirlah tentang setiap punca bagi setiap minat. Adakah anda mengikut pimpinan Roh Kudus selepas berdoa dan merenungkan Firman Allah? Ataupun, adakah orang yang menentang kewibawaan Allah dalam hidup mereka mempengaruhi anda? Sebagai pengikut Kristus, anda dilindungi oleh kebenaran-Nya, memberikan anda hidup dan masa depan yang berbeza daripada orang yang telah menolak-Nya. Hari ini, buatlah keputusan untuk mengejar apa yang mencerminkan tujuan Allah dan pimpinan Roh Kudus sahaja.


Hari 2

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang seti...

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami