Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Ciptaan Allah menyatakan siapa Dia itu, dan perintah-Nya mengganjar orang yang mentaati perintah itu. Kearifan-Nya mendedahkan dosa supaya kita bebas daripada kesalahan dan bersih daripada keingkaran yang berat.
Apakah maksudnya?
Mazmur ini menyatakan mengapa Daud mengikuti Tuhan. Ia bermula dengan pandangan yang betul tentang Allah sebagai Dia yang telah mencipta segala sesuatu sementara bangsa yang berdekatan menyembah pelbagai unsur ciptaan. Daud juga melihat manfaat segera mengikuti Taurat Allah. Beberapa tahun melarikan diri daripada Saul telah mengajarnya bahawa ketaatan terhadap Tuhan membawa kepuasan yang lebih besar berbanding kekayaan atau kemegahan istana. Akhirnya, Daud menikmati hubungan yang dekat dengan Tuhan. Ia menyedari bahawa ia buta terhadap kesalahan yang hanya dapat didedahkan oleh Allah kepadanya. Renungan tetap terhadap Firman Allah menerangi bahagian hatinya yang gelap, menyedarkannya tentang hal yang tidak menyenangkan hati Tuhan.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kita banyak bercakap tentang bagaimana Allah menyatakan diri-Nya dalam Kitab Suci. Mengapakah ini penting? Pandangan yang betul tentang Allah adalah perlu untuk memiliki pandangan yang betul tentang diri sendiri. Contohnya, mengakui Allah sebagai Pencipta yang maha berkuasa membantu kita untuk menyedari kewibawaan-Nya untuk menjangka ketaatan kita yang sepenuhnya terhadap jalan-Nya. Kepercayaan apakah tentang Tuhan yang diketahui anda baru-baru ini? Ayat Alkitab yang manakah mengesahkan atau menyangkal kepercayaan tersebut? Pertama sekali, jika anda memulakan setiap hari dengan mengkaji Firman Allah dan memuliakan nama-Nya dalam doa, fikiran dan perbuatan anda sepanjang hari, anda lebih mudah menyenangkan hati-Nya.
Kitab
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Benih: Apa dan Mengapa

Bangkitlah dan Bersinarlah

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Dimeterai —Bahagian 3

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Dimeterai - Bahagian 1
