Info Pelan

Apakah Itu Kasih Sejati?Sampel

What Is True Love?

HARI 9 DARIPADA 12

Bagaimanakah Kita Berjalan dalam Kasih Sejati?

Apakah yang menghasilkan kasih? Bagaimanakah kita dapat mengelak daripada dosa dan swacinta dan maju dalam kasih sejati?

Kita tidak dapat melakukan ini tanpa-Nya dan tanpa bantuan-Nya. Memanglah mudah untuk kehilangan fokus atau menjadi bingung. Kasih terhadap Kristus dan injil ialah harapan kita. Yesus datang dan hidup, mati, dikebumikan, dan bangkit semula untuk mengatasi dosa, Iblis, dan kematian. Anak Allah yang mengasihi kita juga memberikan diri-Nya kepada kita. Dia telah mengatur jalan di hadapan kita dalam kasih-Nya. "Tuhan Yesus, saya mahu berjalan dalam kasih ini. Tolonglah saya untuk meletakkan semua harapan saya dan sepenuh kepercayaan saya dalam-Mu."

Membaca him orang kudus purba dapat membantu kita memfokuskan fikiran pada pertempuran ini. Kita mendengar hati mereka bersukacita dalam Allah, menyembah-Nya, menjalankan hidup dalam kekudusan, dan mengasihi-Nya dengan sepenuh hati, jiwa, akal dan kekuatan. Pertimbangkan rangkap him "Awake My Zeal, Awake My Love" oleh Isaac Watts. Adakah hati anda merindukan kasih Tuhan seperti ini?

Bangunlah jiwaku; bangunlah kekasihku,
Untuk melayani Penyelamatku di bumi,
Dalam pekerjaan yang tidak dapat dilakukan orang kudus yang sempurna
dan malaikat suci di syurga.

Bangunlah jiwaku, untuk memberi makan
kepada jiwa yang lapar, dan memberi pakaian kepada orang yang miskin;
Tiada keperluan di syurga,
Hati mereka sentiasa penuh.

Bertahanlah keinginanku, O jiwaku!
Terus melawan, menjalankan pekerjaan Allah,
Mengawal dosaku yang timbul setiap hari,
Dan kemenangan baru dicapai selalu.

Tanah kemenangan terletak di tanah tinggi,
Tiada musuh yang ditemui di sana;
Tuhan, saya akan menawan sehingga mati,
Dan menamatkan semua peperangan yang mulia.

Biarlah setiap waktu yang berlalu mengakui
Aku telah membawakan kemasyuran baru kepada Injil-Mu;
Dan apabila kehidupanku dan pekerjaanku berakhir,
Moga-moga aku akan memiliki mahkota yang dijanjikan!

Membatinkan Kebenaran: Pilih satu ayat Alkitab untuk difikirkan secara serius untuk membaharui fikiran dan mengubah hati anda.

Mematikan Diri: Apakah dosa khusus dalam hidup anda yang disasarkan oleh ayat Alkitab pilihan anda? Paulus memberitahu kita dengan amat khusus untuk buang cara hidup yang lama.

Menghidupkan Kebenaran: Hidup seperti manusia baru--Kristus. Apakah penyesuaian khusus yang perlu anda buat terhadap fikiran atau sikap atau kelakuan anda untuk berserah kepada-Nya dan menerapkan kebenaran-Nya dalam fikiran dan hati anda?


Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

What Is True Love?

Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thistlebend.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami