Info Pelan

Apakah Itu Kasih Sejati?Sampel

What Is True Love?

HARI 11 DARIPADA 12

Hasil Kasih Sejati? J O Y (SUKACITA)

Pada bila-bila masa, jiwa kita boleh berasa pedih kerana kesan dosa terwujud, dan hati kita berdukacita kerana kelemahan kita. John Owen berkata dia rasa selemah air. Ada waktu yang lebih sukar daripada waktu yang lain. Angin berubah dan ribut dugaan datang dan pergi dalam kehidupan kita. Musuh menuduh. Di manakah pengharapan kita? Dalam Kristus! Apabila dugaan mengganggu fikiran kita selama berbulan-bulan, bertahun-tahun, meskipun berdekad-dekad, di manakah kasih pada masa itu? Di manakah pengharapan kita? Dalam Kristus! Penyerahan kita kepada Allah diuji. Di manakah ketaatan kita? Melalui Kristus! Dalam kesibukan pencubaan, banyak fikiran dan perasaan yang bercanggahan, bertentangan, dan tersenggut dalam fikiran dan hati kita. Di manakah tenaga kita, kekuatan kita, atau semangat muda kita? Dalam Kristus!

J
Yesus (Jesus) ialah segala-galanya; segala sesuatu anda. Percayalah Firman-Nya dan percayalah kata-kata-Nya dan bukan fikiran anda, tidak juga kata-kata orang lain, ataupun perasaan anda. Dia ialah teras, dasar, asas, segala sesuatu, yang terutama--SEGALA SESUATU. Kristus! Kehidupan, kematian, dan kebangkitan-Nya adalah demi orang berdosa yang memberontak dan tidak layak seperti anda dan saya. Dia telah mengetepikan kedudukan-Nya dan takhta-Nya dan mengorbankan nyawa-Nya. Kita telah dipanggil untuk kematian terhadap diri yang sama demi Kristus dan orang lain.

O

Ketaatan (Obedience). Taati Firman Allah dan percayai-Nya dalam fikiran, pertuturan, dan perbuatan. Berpautlah pada Kristus dan kasih-Nya. Pilihlah untuk meninggalkan perasaan dan cara pemikiran lama dan kenakan iman, mempercayai bahawa apa yang dikatakan oleh Firman Allah adalah benar.

Bagaimanakah kita mengikuti sumber kasih sejati dan membenarkan kasih-Nya untuk mengalir dalam dan melalui kehidupan kita? Bagaimanakah kita belajar kekal pada sisi-Nya dan berjalan seiring Roh-Nya dan mengikuti dorongan-Nya dan bukannnya dorongan diri?

Pertama, kita mesti melihat sama ada kita telah meninggalkan panji kasih-Nya. Tanya: "Adakah saya melihat dengan jelas? Adakah saya sejalan dengan-Mu, Tuhan?" Kita boleh mengucapkan doa pendek sepanjang hari untuk membantu kita: "Bantulah saya mempercayai kasih-Mu dan berjalan dalam kasih-Mu! Tuhan, saya mahu mengasihi-Mu. Bantulah saya agar mengasihi-Mu dengan sepenuh hati, jiwa, akal, dan kekuatan saya dan bantulah saya untuk mengasihi orang lain."

Y
Anda tetap muda (youth) dan kuat seperti burung helang! Anda menemui sukacita dalam Tuhan dan kekuatan daripada sukacita itu!


Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

What Is True Love?

Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thistlebend.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami